WHO puji usaha gigih Wuhan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memuji usaha gigih tanpa mengenal erti penat” rakyat Wuhan dalam berjuang melawan wabak itu sehingga tiada lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat lalu.

Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO Dr Maria van Kerkhove berkata, ia satu berita menggembirakan selepas lebih tiga bulan, bandar raya yang paling teruk diancam wabak, berjaya menyelesaikan kes pesakit Covid-19 yang dirawat.

Beliau diminta mengulas perkembangan itu apabila ditanya wartawan agensi berita Xinhua dalam sidang media maya di Geneva pada 1 Mei.

“Ia berita gembira yang amat dialu-alukan, tiada lagi kes serius, tiada lagi pesakit di Wuhan. Tahniah atas pencapaian ini,” katanya.

Beliau turut menghargai “usaha yang tidak mengenal erti penat” rakyat di Wuhan – “bukan hanya pekerja kesihatan tetapi individu yang tinggal di rumah, yang mematuhi langkah-langkah kesihatan awam.”

Beliau antara pakar yang menyertai kerjasama China-WHO dan melawat negara itu pada Februari berkata, “China telah berusaha gigih untuk membendung wabak Covid-19.”

Beliau yang ada di sana selama dua minggu, bekerja secara langsung dengan pegawai kementerian dan pegawai dari pelbagai sektor, dan melihat sendiri bagaimana gigihnya mereka untuk menurunkan jumlah kes.

Bagaimanapun beliau menasihatkan penduduk Wuhan untuk terus berwaspada kerana wabak ini masih jauh untuk berakhir.

“Dunia telah belajar dari China dan juga perlu belajar dari Wuhan bagaimana mereka mampu melakukan sedemikian, bagaimana mereka berupaya membawa masyarakat kepada kehidupan biasa atau normal baharu,” katanya.

Related posts

Leave a Comment