Comoros, Tajikistan tak ‘kebal’

DUA buah negara, Comoros dan Tajikistan yang sebelum ini disenaraikan ‘bebas’  daripada wabak Covid-19 telah mencatatkan kes pertama di negara berkenaan pada akhir bulan lalu.

Tajikistan mencatatkan 15 kes sekaligus manakala satu kes dilaporkan di Comoros.

Perdana Menteri Tajikistan, Kohir Rasulzada memberitahu, lima kes dilaporkan di Dushanbe dan 10 kes di Khujand.

Sementara itu, Presiden Comoros, Azali Assoumani mengesahkan kes pertama

melibatkan seorang lelaki berumur 50an yang mempunyai sejarah perjalanan ke Perancis dan kontak dengan seorang warga Perancis-Comoros.

Comoros menjadi negara Afrika kedua terakhir melaporkan kes Covid-19 selepas Leshoto.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya pada 1 Mei menunjukkan rantau Eropah dan Amerika mencatatkan kes jangkitan dan kematian tertinggi sementara Afrika masih ‘rendah’.

Related posts

Leave a Comment