500,000 mohon Gerak Malaysia

GERAK Malaysia menerima lebih 500,000 permohonan orang ramai untuk pulang ke bandar dari kampung dan bekerja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan yang bermula dari 7 Mei hingga 10 Mei ini bagi tujuan itu.

“Kita akan membenarkan rakyat terperangkap di kampung untuk pulang ke bandar dan sebagainya. PDRM akan membuat kenyataan media mengenai penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara itu.

“Bagi penjawat awam tidak perlu tergesa-gesa untuk balik pada hari ini atau esok walaupun pejabat dibuka pada Isnin ini kerana Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersetuju mereka (penjawat awam) tidak perlu memulakan kerja pada Isnin,”  katanya pada sidang media harian.

Ismail Sabri berkata, majikan diminta supaya jangan mengambil sebarang tindakan terhadap pekerja mereka yang belum mendapat kelulusan dari PDRM untuk pulang memulakan tugas pada Isnin ini.

Beliau berkata kerajaan akan meminta Kementerian Sumber Manusia untuk melihat daripada segi perundangan jika tindakan boleh diambil terhadap majikan yang mengenakan tindakan (disiplin) kepada pekerja mereka.

Related posts

Leave a Comment