Indonesia catat lebih 9,000 kes

KES positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 9,000 kes, dengan jumlah kematian meningkat kepada 765 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, dalam tempoh 24 jam sebanyak 214  kes positif baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes 9,096. “Bagi tempoh 24 jam, dari 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 22 lagi kematian berlaku,” katanya dalam sidang media hariannya. Dalam tempoh yang sama, 44 pesakit sembuh, menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang pulih setakat ini berjumlah 1,151 orang. Sementara itu Jabatan Kesihatan Filipina melaporkan, sebanyak 198 kes baharu…

Read More

Kes harian tertinggi di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,289 kes baharu, jumlah harian tertinggi setakat ini  menjadikan jumlah keseluruhan 8,811 kes manakala lima kematian dilaporkan menjadikan 144 kes. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali memberitahu, sebanyak 174 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah sembuh 2,531 kes. Jeddah mendahului dengan 294 kes diikuti Makkah 218, Madinah 202, Riyadh 178, Baish 126 dan Jubail 107 .

Read More

40 kes baharu, 95 pulih

PUTRAJAYA: Kes pulih Covid-19 terus menunjukkan perkembangan positif apabila mencatatkan jumlah dua kali ganda daripada bilangan kes baharu yang dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga pukul 12 tengah hari, sebanyak 95 kes pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sebanyak 3,957 kes atau 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jumlah kes positif baharu pula terus mencatatkan angka dua digit iaitu 40 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes. Bercakap dalam sidang media harian berkaitan Covid-19, beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,764 kes…

Read More

Bertenang hadapi isu Rohingya

BERTENANG! Itu permintaan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. berikutan sentimen negatif masyarakat terhadap etnik Rohingya sejak kebelakangan ini, yang menghairankan pihak berkuasa kerana tidak pernah timbul sebelum ini. Katanya,  pihak berkuasa akan menyiasat semua isu berkaitan pelarian Rohingya berikutan akhir-akhir ini banyak berita di media sosial yang dikeluarkan yang menimbulkan kemarahan terhadap mereka. “Pihak polis sedang menyiasat sebab ada juga yang menganggap sesetengah video dan rakaman audio itu (mengenai dakwaan dan tuntutan dibuat oleh etnik itu di negara ini) adalah palsu atau tidak benar. Tiada sesiapa yang boleh menentukan…

Read More

Pelajar dihantar pulang

SATU bas hanya 22 orang. Itu antara syarat penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang ‘terperangkap’ di kampus semasa pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mulai malam ini seramai 1,128 pelajar IPTA dan IPTS  akan bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing. Penghantaran secara berperingkat dan hanya pelajar dalam zon hijau dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga dalam zon hijau. Dianggarkan kira-kira 100,000 pelajar dijangka terbabit. Sementara itu  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 863 pelajar akan dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara…

Read More

Jumlah kes hampir tiga juta

SEHINGGA awal pagi ini, (27 April) kes positif Covid-19 di seluruh dunia menghampiri tiga juta apabila merekodkan angka 2.96 juta orang, manakala lebih 200,000 meninggal dunia iaitu 206,000. Data Johns Hopkins University menunjukkan kes jangkitan baharu bertambah lebih 70,000 dalam tempoh 24 jam dengan tujuh negara – Amerika Syarikat (AS), Sepanyol, Itali, Perancis, United Kingdom (UK), Jerman dan Turki melepasi angka 100,000. Manakala angka kematian akibat Covid-19 pula mencatatkan peningkatan 5,000 kes dalam tempoh 24 jam di mana lima negara mempunyai kes maut melebihi 20,000 iaitu AS, Itali, Sepanyol, Perancis…

Read More