40 kes baharu, 95 pulih

PUTRAJAYA: Kes pulih Covid-19 terus menunjukkan perkembangan positif apabila mencatatkan jumlah dua kali ganda daripada bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga pukul 12 tengah hari, sebanyak 95 kes pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sebanyak 3,957 kes atau 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah kes positif baharu pula terus mencatatkan angka dua digit iaitu 40 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes.

Bercakap dalam sidang media harian berkaitan Covid-19, beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,764 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Bagaimanapun terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 99 kes, atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata kes kematian ke-99 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok yang telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April dan disahkan meninggal pukul 4.31 pagi ini, 27 April.. 

Sehingga kini, seramai 37 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 17 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment