Kes harian tertinggi di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,289 kes baharu, jumlah harian tertinggi setakat ini  menjadikan jumlah keseluruhan 8,811 kes manakala lima kematian dilaporkan menjadikan 144 kes.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali memberitahu, sebanyak 174 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah sembuh 2,531 kes.

Jeddah mendahului dengan 294 kes diikuti Makkah 218, Madinah 202, Riyadh 178, Baish 126 dan Jubail 107 .

Related posts

Leave a Comment