Indonesia catat lebih 9,000 kes

KES positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 9,000 kes, dengan jumlah kematian meningkat kepada 765 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, dalam tempoh 24 jam sebanyak 214  kes positif baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes 9,096.

“Bagi tempoh 24 jam, dari 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 22 lagi kematian berlaku,” katanya dalam sidang media hariannya.

Dalam tempoh yang sama, 44 pesakit sembuh, menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang pulih setakat ini berjumlah 1,151 orang.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Filipina melaporkan, sebanyak 198 kes baharu menjadikan jumlah kes di negara itu 7,777.

Jurucakap jabatan memberitahu, sebanyak 10 kematian dilaporkan menjadikan 511 kes sementara 70 kes pulih menjadikan jumlah sembuh 932

THAILAND merekodkan sembilan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,931 manakala satu kematian dilaporkan menjadikan 52 kes.

Kematian melibatkan seorang wanita tempatan berusia 64 tahun.

Related posts

Leave a Comment