Jumlah kes hampir tiga juta

SEHINGGA awal pagi ini, (27 April) kes positif Covid-19 di seluruh dunia menghampiri tiga juta apabila merekodkan angka 2.96 juta orang, manakala lebih 200,000 meninggal dunia iaitu 206,000.

Data Johns Hopkins University menunjukkan kes jangkitan baharu bertambah lebih 70,000 dalam tempoh 24 jam dengan tujuh negara – Amerika Syarikat (AS), Sepanyol, Itali, Perancis, United Kingdom (UK), Jerman dan Turki melepasi angka 100,000.

Manakala angka kematian akibat Covid-19 pula mencatatkan peningkatan 5,000 kes dalam tempoh 24 jam di mana lima negara mempunyai kes maut melebihi 20,000 iaitu AS, Itali, Sepanyol, Perancis dan Uk.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dan kumulatif kes positif kini 961,000, begitu juga dengan angka kematian tertinggi iaitu 54,000 kematian.

Sepanyol mencatatkan 226,000 kes dengan kematian 23,190 sementara Itali 197,000 kes tetapi kematian kedua tertinggi iaitu lebih 26,644.

Perancis merekodkan 161,000 kes serta 22,856 kematian dan United Kingdom dengan 154,000 kes dengan 20,732 kematian.

Jerman dan Turki juga mencatatkan kes yang tinggi iaitu masing-masing 161,000 kes dan 110,000 kes.

Sementara itu, jumlah pesakit Covid-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 861,000 di seluruh dunia.

Related posts

Leave a Comment