38 kes baharu, 100 pulih

PUTRAJAYA : Sebanyak 100 kes Covid-19 telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala tidak ada kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes yang dibenarkan discaj hari ini hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.          

“Sehingga 26 April pukul 12 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,820 kes,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19.

Beliau berkata jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 98 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

Related posts

Leave a Comment