Indonesia catat 396 kes baharu

THAILAND mengesahkan 53 kes baharu Covid-19 termasuk 42 di Pusat Tahanan Imigresen Sadao di wilayah selatan Songkhla dan satu lagi kematian, menjadikan jumlah kes sebanyak 2,907 dan 51 kematian. Daripada 42 kes itu, dua adalah rakyat Malaysia, 34 dari Myanmar, Vietnam (tiga) serta masing-masing satu dari Yemen, Kemboja dan India, kesemuanya ditahan atas kesalahan berkaitan imigresen. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CSSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata pasukan perubatan telah memberikan rawatan kepada kesemua 42 pesakit di Pusat Tahanan Imigresen Sadao. Sementara itu, beliau berkata seorang lelaki warga Thai berusia 48 tahun yang dijangkiti…

Read More

99 pulih, 51 kes baharu

SEBANYAK 99 kes Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj hari ini 25 April, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,762 kes, iaitu 65.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes yang dibenarkan discaj hari ini hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan. “Sehingga 25 April 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 51 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,742 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,882 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.…

Read More

Pergerakan antara negeri 3 hari

ORANG ramai yang hendak melakukan pergerakan antara negeri untuk tujuan yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu membuat permohonan melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’ bermula 26 April. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata mereka yang layak boleh membuat permohonan secara dalam talian susulan kebenaran pergerakan itu selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mei ini.  “Bagi yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 26 April (esok), mereka perlu mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan. “Semakan status permohonan itu boleh dibuat pada 1 Mei…

Read More

Lupakan bola sepak di padang

LUPAKAN seketika saingan bola sepak di padang. Mana mungkin 22 pemain akan beraksi di padang sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan ‘perhimpunan ramai’ walaupun di padang sukan. Jika 22 pemain berada di atas padang akan menyebabkan berlaku kontak secara fizikal, bersentuhan antara satu sama lain. Justeru, bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020 tidak boleh dianjurkan buat sementara walaupun selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),  Ismail Sabri Yaakob berkata, semua kejohanan bola sepak tempatan perlu ditangguh sehingga ke satu tempoh yang akan diumumkan kelak. Beliau berkata selepas tempoh…

Read More

PKPKD Selayang Baru, Gombak

PUTRAJAYA: Selayang Baru, Gombak di Selangor diletakkan dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketujuh mulai hari ini 25 April sehingga 3 Mei ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan, melibatkan enam parcel yang dikenal pasti seperti berikut: Zon A        : Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor Zon B        : Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor Zon C        : Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor Zon D…

Read More

Cakap jangan sebarang cakap

CAKAP siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Atau kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Begitu peringatan orang dulu mengenai sesuatu yang hendak dilakukan supaya lebih berhati-hati kerana tersilap langkah akan memudaratkan. Mungkin ingatan itu bertepatan terhadap cadangan Presiden Donald Trump supaya pembasmi kuman disuntik sebagai rawatan Covid-19. Pada Khamis, Trump mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pakar sains dan perubatan sebagai rawatan koronavirus. Antaranya termasuk suntikan pembasmi kuman (disinfectant) yang wujud dalam produk pembersihan, seperti bahan peluntur. Beliau turut melontarkan idea untuk memantulkan cahaya ke badan bagi menghapuskan jangkitan…

Read More

Kes dunia hampiri 2.8 juta

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 2.8 juta orang manakala kematian pula hampir 196,000 orang setakat awal pagi ini. Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan hampir 100,000 kes jangkitan baharu dan 8,000 kematian dalam tempoh 24 jam. Tujuh negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000 sementara empat negara mempunyai kes kematian melebihi 20,000. Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 890,000 kes. Sepanyol telah mengatasi Itali apabila mencatatkan pertambahan kes-kes positif dengan merekodkan 219,000 kes, manakala Itali hampir 193,000 kes. Jerman dan United Kingdom…

Read More

Bersama tumpaskan ancaman

ANCAMAN yang sama, tumpaskan dengan pendekatan bersama. Itu mesej Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam ucapan alua-aluannya pada pelancaran pemecut Akses kepada Peralatan (ACT) Covid-19 menerusi tele-sidang yang disiarkan secara langsung malam tadi. Tedros berkata, inisiatif itu dilancarkan bagi memastikan  setiap orang mempunyai akses kepada peralatan yang diperlukan untuk menumpaskan Covid-19.  “Pemecut ACT akan membawa kepada penggabungan kuasa beberapa organisasi untuk bekerja dengan pantas dan berskala. Setiap daripada kita sedang melakukan tugas hebat tetapi kita tidak boleh bekerja secara bersendirian. Kita akan bekerjasama untuk bekerja…

Read More