Kes dunia hampiri 2.8 juta

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 2.8 juta orang manakala kematian pula hampir 196,000 orang setakat awal pagi ini.

Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan hampir 100,000 kes jangkitan baharu dan 8,000 kematian dalam tempoh 24 jam.

Tujuh negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000 sementara empat negara mempunyai kes kematian melebihi 20,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 890,000 kes.

Sepanyol telah mengatasi Itali apabila mencatatkan pertambahan kes-kes positif dengan merekodkan 219,000 kes, manakala Itali hampir 193,000 kes.

Jerman dan United Kingdom turut mencatatkan angka positif melebihi 100,000 dengan masing-masing 154,000 dan 144,000 kes baharu.

Turki melepasi angka 100,000 kes baharu dengan keseluruhan 104,000 kes selepas pertambahan lebih 3,000 kes positif.

AS juga kekal mencatatkan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara dengan kematian melebihi 40,000 iaitu merekodkan 51,000 kes pada keseluruhannya, diikuti Itali dengan hampir 26,000.

Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling teruk dengan 22,000 kematian manakala Perancis merekodkan 21,000 kematian dan United Kingdom menghampiri angka 15,000.

Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 781,000 di seluruh dunia.

Related posts

Leave a Comment