PRESIDEN Haramain, Sheikh Abdul Rehman Al Sudais malam tadi mengumumkan plan ibadah sepanjang Ramadan di Masjidilharam dan Masjid Nabawi berikutan penularan wabak Covid-19.
Berikut keputusan itu:
- Tarawih di Haram diadakan secara tertutup, untuk orang tertentu yang dibenarkan. Jumlah rakaat dipendekkan kepada 10 sahaja.
- Program iftar di masjid juga dibatalkan tetapi agihan makanan berbuka dibenarkan di sekitar kota Makkah dan Madinah.
- Umrah juga tidak dibenarkan sehingga satu pengumuman lain dibuat.
- Tiada iktikaf
- Doa Qunut semasa Witir juga dipendekkan.
Khatam al-Quran akan dilakukan pada malam ke-29 (Tahajud)
Dua imam bertugas, enam rakaat pertama dan empat rakaat terakhir serta witir.
Imam yang akan bertugas adalah
1- Sheikh Abdul Rehman Al Sudais
2- Sheikh Saud Al Shuraim
3- Sheikh Maher Al Muaiqly
4- Sheikh Abdullah Awad Al Juhany
5- Sheikh Bandar Baleelah
6- Sheikh Yasir Al Dossary
(Petikan Haramain Sharifain)