Isu ketegangan dengan China fokus Quad

WASHINGTON – Mesyuarat empat negara Amerika Syarikat (AS),  Australia, India, dan Jepun di Wilmington, Delaware pada 21 September ini akan tertumpu kepada ketegangan dengan China

Menurut Rumah Putih hari ini, mesyuarat Kumpulan Quad itu pertama kali diadakan di Wilmington, kampung halaman Presiden AS, Joe Biden.

Sidang kemuncak ini berlangsung ketika Biden menilai legasi dasar luar beliau dalam bulan-bulan akhir sebagai presiden selepas menarik diri dari pilihan raya AS 2024 dan secara efektif menyerahkan pencalonan Parti Demokratik kepada naib presiden, Kamala Harris.

“Ini akan menjadi kali pertama Presiden Biden menjadi tuan rumah kepada pemimpin asing di Wilmington sebagai presiden – mencerminkan hubungan peribadi beliau yang mendalam dengan setiap Pemimpin Quad, dan kepentingan Quad kepada semua negara kita,” kata jurucakapnya, Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan.

Biden “menunggu” ketibaan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese; Perdana Menteri India, Narendra Mod dan Perdana Menteri Jepun, Kishida Fumio.

Kumpulan Quad yang terdiri daripada empat negara yang ditubuhkan pada tahun 2007, tetapi Biden menggalakkan pakatan ini dengan kuat sebagai sebahagian daripada penekanan kepada pakatan antarabangsa untuk membendung musuh.

Related posts

Leave a Comment