Situasi Thailand semakin baik

THAILAND melaporkan 19 kes baharu Covid-19 dan seorang meninggal dunia, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 2,811 dengan 48 kematian. Seorang pemandu teksi warganegara Thailand berusia 50 tahun adalah mangsa kematian terbaru yang dilaporkan, selepas sifar kematian dalam tempoh tiga hari berturut-turut.  Setakat ini 2,108 pesakit telah pulih dan discaj dari hospital manakala 655 masih dirawat. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata Thailand akan meningkatkan pemeriksaan di pusat kemudahan pekerja asing susulan peningkatan kes di asrama pekerja asing di Singapura. Terdapat kira-kira tiga juta pekerja asing di negara itu. Sementara itu,…

Read More

Denda Rp100 juta jika mudik kampung sambut lebaran

JAKARTA : Berbaloikah jika balik kampung berhari raya boleh dihukum penjara dan didenda RM30,000? Begitulah risiko yang menanti rakyat Indonesia yang didapati bersalah “mudik” atau balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah. Direktor Jeneral Perhubungan (Pengangkutan) Darat, Budi Setiyadi dipetik media tempatan berkata, larangan bermudik itu berkuat kuasa 24 April ini. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum penjara setahun dan denda maksimum Rp100 juta (hampir RM30,000). Hari ini, Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan rakyat negara itu dilarang ‘bermudik’ atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah, dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19. Kes…

Read More

Singapura lanjut 4 minggu lagi

SINGAPURA : Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengumumkan langkah melanjutkan tempoh pemutus litar bagi mengekang wabak Covid-19 untuk tempoh empat minggu lagi, iaitu sehingga 1 Jun ini. Dalam ucapan secara langsung di televisyen dan radio pukul 5 petang ini, beliau berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah kes tidak berkaitan yang “mereka tidak tahu bagaimana mereka dijangkiti, atau dari siapa”. “Jumlahnya tidak berkurangan dan ini menunjukkan terdapat lebih banyak, tempat simpanan tersembunyi dalam masyarakat, yang merupakan sumber kes-kes yang tidak berkaitan ini, yang kami tidak dapat kesan,” katanya. Singapura melaksanakan langkah pemutus litar pada 7 April dan…

Read More

57 kes baharu, tiga kematian

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 57 kes positif baharu Covid-19 di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,482 kes, kata Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah tersebut, 18 adalah kes import daripada warga Malaysia yang pulang dari luar negara, sementara 39 kes adalah kes penularan tempatan. Beliau berkata, jumlah kes sembuh dan dibenarkan pulang adalah 54 kes, sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh kepada 3,349 kes atau 61.1 peratus. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi…

Read More

2.47 juta kes, 170,000 maut

DARIPADA 2.47 juta kes, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 784,599 kes diikuti Sepanyol 200,210, Itali 181,228, Perancis 156,480, Jerman 147,065, United Kingdom, 125,856, Turki 90,980, China 83,817, Iran 83,505 dan Russia 47,121. Jika berdasarkan kes di wilayah atau negeri, New York mencatatkan kes tertinggi iaitu 253,060 manakala New Jersey 88,806 dan Hubei di China 68,128. Mengenai kes kematian, daripada 170,042 kes, AS 42,138, Itali mencatatkan 24,114, Sepanyol 20,852, Perancis 20,265, United Kingdom 16,509.

Read More

‘Rakyat duduk di rumah hadiah istimewa hari jadi saya’

PUTRAJAYA :: “Sempena hari jadi saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi.”  Demikian ungkap  Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil tersenyum. Ketua Pengarah Kesihatan itu, yang menjadi tumpuan media dan rakyat Malaysia sejak wabak COVID-19 melanda dunia, genap usianya 57 tahun pada Selasa, 21 April. Saban hari, kemunculan anak kelahiran Sepang, Selangor itu di kaca televisyen pada 5 petang, sentiasa dinanti-nantikan bagi mendapatkan maklumat perkembangan mutakhir COVID-19 dan hal berkaitan.       Menjelang hari ulang tahun kelahirannya, Dr…

Read More

Situasi terburuk belum berlaku

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa ‘situasi terburuk’ wabak Covid-19 masih belum berlaku dan memberi amaran kepada semua negara lebih berwaspada memberi kelonggaran ketika pandemik itu terus menular. Justeru Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam taklimat medianya di Geneva mengajak masyarakat untuk terus memerangi wabak ini. “Percayalah, keadaan terburuk bakal berlaku. Ayuh kita cegah tragedi ini. Virus ini masih belum difahami ramai orang,” katanya pada Isnin. Beliau dipercayai merujuk tindakan banyak negara yang mula melonggarkan langkah kawalan pergerakan. Dipercayai, Tedros merujuk kepada kesan yang mungkin berlaku di Afrika…

Read More