2 juta dijangkiti seluruh dunia

JUMLAH kes positif Covid-19 mencecah 2 juta orang malam ini berbanding  1.97 juta pagi tadi sementara jumlah kematian pula 128,071 kes berbanding 125,910 (lihat laporan awal). Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 609,696 kes diikuti Sepanyol 177,633, Itali 162,488, Jerman 132,321, Perancis 131,362, United Kingdom 94,852, China 83,355, Iran 76,389 dan Turki 65,111. Kematian pula terus meningkat di AS dengan 24,429 kes diikuti Itali 21,067, Sepanyol 18,579, Perancis15,729 dan United Kingdom 12,107.

Read More

Singapura 447 Indonesia 297

THAILAND mencatat 30 kes baharu Covid-19 dan dua lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 2,643 kes dengan 43 kematian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kematian terkini membabitkan seorang wanita rakyat Thailand berusia 65 tahun yang merupakan penjaja jalanan di Chiang Mai dan seorang lelaki rakyat Thailand berusia 60 tahun dari Ayuthaya yang kembali dari Indonesia untuk menghadiri satu perhimpunan keagamaan dibatalkan pada saat-saat terakhir. “Pada April, kira-kira 23 peratus kes yang disahkan adalah dijangkiti daripada ahli keluarga. Oleh itu, adalah penting untuk meneruskan amalan jarakan sosial…

Read More

Tiga doktor terbaik Covid-19

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak Covid-19 di negara ini. Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand. Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan. Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang…

Read More

85 kes baharu, 169 pulih

PUTRAJAYA: Sebanyak 169 kes pulih, menjadikan 2,647 kes atau 52.2 peratus dibenarkan discaj berbanding 85 kes baharu yang dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah “Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,072 kes. Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,342 kes,” katanya. Bilangan yang discaj hari ini hampir dua kali ganda Covid-19 yang dilaporkan. Sehingga kini, seramai 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi…

Read More

UPSR,PT3 batal SPM,SVM tunda ke tahun 2021

PUTRAJAYA : UJIAN Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan manakala peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Bagi calon STPM, tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021. Peperiksaan STAM juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021. Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Dr. Radzi Jidin hari ini, hari pertama fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM dan Kementerian Pengajian…

Read More

Beza manusia ‘stay at home’, haiwan duduk di kandang

MANUSIA duduk di rumah masih boleh keluar cari makanan. Tetapi haiwan di kandang atau di zoo? Mereka kekal di kandang, hanya menunggu makanan ‘disajikan’. Berlegarlah di dalam kandang, tidak ada apa yang boleh dicari untuk dimakan, kecuali yang makanannya adalah daun-daun pokok di dalam kandang. Bagi yang makan daging, ayam, ikan, buah-buahan atau sayur-sayuran terpaksa menunggu penjaganya datang membawa makanan. Begitulah nasib hidupan liar atau haiwan di zoo apabila mereka tidak mampu ke sana ke sini mencari makanan sendiri. Sama ada berlaku lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka tetap…

Read More

1.97 juta kes, 125,910 maut

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 125,910 kes dengan lebih 7,000 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Data Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kes pula meningkat kepada 1,973,715. Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 2,000 lagi kematian, menjadikannya negara paling tinggi angka korban dengan 25,000 orang manakala jumlah kes 605,193. Itali masih di kedudukan kedua dengan 21,000 kematian, tetapi jumlah kes berada di tempat ketiga, di belakang Sepanyol iaitu 162,488 kes. Sepanyol mencatatkan 18,000 kematian sementara jumlah kes 172,541 diikuti Perancis 15,000 kematian dengan 131,361 kes. United Kingdom pula…

Read More

AS gantung dana WHO

WASHINGTON: Kritikan dan sikap tidak puas hati terhadap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mendorong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghentikan bantuan dana kepada pertubuhan itu sementara kajian semula dijalankan. Menurut Trump, kajian semula itu merangkumi dakwaan salah urus WHO dalam isu Covid-19 selain menyembunyikan penularan jangkitan virus berkenaan, lapor CNN. Beliau berkata ketika AS mengehadkan kemasukan pelancong dari China pada fasa awal wabak tersebut, WHO “menentang apa yang dilakukannya”. “Negara dan wilayah lain yang mematuhi panduan WHO dan membuka sempadan kepada China menyaksikan peningkatan pandemik itu di seluruh dunia.…

Read More