1.97 juta kes, 125,910 maut

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 125,910 kes dengan lebih 7,000 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Data Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kes pula meningkat kepada 1,973,715.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 2,000 lagi kematian, menjadikannya negara paling tinggi angka korban dengan 25,000 orang manakala jumlah kes 605,193.

Itali masih di kedudukan kedua dengan 21,000 kematian, tetapi jumlah kes berada di tempat ketiga, di belakang Sepanyol iaitu 162,488 kes.

Sepanyol mencatatkan 18,000 kematian sementara jumlah kes 172,541 diikuti Perancis 15,000 kematian dengan 131,361 kes.

United Kingdom pula mencatatkan  12,107 kematian dengan jumlah kes 94,845.

Namun, angka korban di United Kingdom dilaporkan tidak memberi gambaran penuh kerana ia tidak mengambil kira kesemua kematian di pusat jagaan warga emas.

Jerman mencatatkan kes lebih tinggi berbanding UK iaitu 131,359 tetapi jumlah kematian 3,294.

Related posts

Leave a Comment