Kes di 4 negara jiran kita

THAILAND mencatat 33 kes baharu jangkitan Covid-19, yang turut membabitkan tujuh doktor serta petugas perubatan, dan tiga lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 2,551 dengan 38 kematian. Ia adalah angka terendah jangkitan harian yang dicatat pada April dan menyaksikan kemerosotan selama empat hari berturut-turut sejak 111 kes dilaporkan pada 8 April.  Thailand telah mencatat peningkatan harian tertinggi pada 22 Mac dengan sejumlah 188 kes. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Mengenai Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kematian terkini membabitkan dua lelaki rakyat Thailand berusia 74 dan 44 tahun serta seorang wanita berusia 65 tahun. Keadaan kesihatan…

Read More

Arab Saudi lanjutkan perintah berkurung

RIYADH: Dalam usaha membendung wabak Covid-19, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah menitahkan lanjutan perintah berkurung di seluruh negara itu  “sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak” . Menurut laporan Arab News, sumber  di Kementerian Ehwal Dalam Negeri, memaklumkan Raja Salman telah mengeluarkan titah perintah itu pada saat akhir sebelum perintah berkurung 21 hari yang bermula pada 23 Mac lalu, berakhir malam tadi.  Lanjutan perintah berkurung ini bertujuan memastikan penularan koronavirus dapat dikawal sepenuhnya. Kementerian Kesihatan Saudi menyatakan, jumlah kes Covid-19 di negara itu telah mencapai 3,651 kes…

Read More

153 kes baharu 3 kematian

PUTRAJAYA: Tiga kematian dan 153 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di negara ini setakat 12 tengah hari ini (12 April) menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 4,683 kes manakala kematian 76. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 131 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 2,108 atau 45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,499 kes. “Sehingga kini, seramai 66 kes positif Covid-19 sedang dirawat…

Read More

Rakyat mula faham bagaimana putuskan rantaian Covid-19

  SETELAH mendapat pelbagai reaksi, kebanyakannya bimbang dan tidak setuju,  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi semula seperti kedai gunting rambut, ditangguhkan sementara waktu. Cadangan KKM itu sebenarnya lebih melegakan masyarakat. Berdasarkan reaksi pelbagai pihak, termasuk persatuan pengusaha penggunting rambut, nyata mereka bimbang berlaku penularan wabak Covid-19 di kedai gunting rambut. Lebih berbahaya wujudnya kluster baharu. Bagaimanapun di sebalik pengumuman mengenai operasi kedai gunting rambut itu, apa yang penting secara tidak langsung menunjukkan penerimaan masyarakat mengenai langkah menghentikan rantaian wabak Covid-19. Rakyat mula memahami apa itu…

Read More

Jom amalkan Konsep 5S

TAK tahu apa nak buat selepas lebih tiga minggu terperap di rumah? Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ada jawapannya yang mungkin dalam kalangan kita sedang atau sudah melakukannya. Kepada rakyat Perlis, baginda mengajak mereka menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 28 April ini untuk menerapkan ‘Konsep Amalan 5S’ – Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.  “Saya mahu rakyat sentiasa bermentaliti kelas pertama dalam tindakan bagi apa jua keadaan termasuklah semasa PKP, bertindak secara bijak, sentiasa bersih serta mengelakkan sebarang bentuk pembaziran dengan memaksimumkan segala sumber…

Read More

Kisah Noraini Wong

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya siapa watak yang ditonjolkan oleh kartunis Maro dalam karyanya di ruangan SANTAI hari ini.  Jika dilihat di sudut bawah kartun itu ada nota iaitu “Semoga Allah permudahkan urusan kakak Noraini Wong. Kisah wanita ini tular apabila tersebar rakaman video mengenai seorang anggota tentera memakaikan penutup hidung dan mulut terhadap wanita itu. Ia kemudian menarik perhatian Ebit Liew yang menjejaki rumah wanita berkenaan. Berikut laporan Harian Metro 9 April lalu bagi tatapan pembaca yang belum jelas mengenai kisah wanita ini. GEMBIRANYA saya, doa ini ajaib (tak sangka)…

Read More

1.77 juta dijangkiti Covid-19

SECARA keseluruhan kes positif Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 1.77 juta, pertambahan sebanyak 90,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu. Angka kematian juga menunjukkan peningkatan apabila mencecah 108,503 kes dengan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 20,283 kes mengatasi  Itali 19,468mkes. Data John Hopkins University, menunjukkan AS mendahului dengan 524,903 kes, diikuti Sepanyol 161,852, Itali 152,271,:Perancis 130,727, Jerman 124,288,:China 83,014, United Kingdom 79,874., Iran 70,029, Turki 52,167 dan Belgium 28,018. Perangkaan kematian pula menunjukkan Sepanyol berada di tempat ketiga dengan 16,480 kematian, Perancis 13,832 manakala United Kingdom  menghampiri angka 10,000 apabila…

Read More