1.77 juta dijangkiti Covid-19

SECARA keseluruhan kes positif Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 1.77 juta, pertambahan sebanyak 90,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Angka kematian juga menunjukkan peningkatan apabila mencecah 108,503 kes dengan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 20,283 kes mengatasi  Itali 19,468mkes.

Data John Hopkins University, menunjukkan AS mendahului dengan 524,903 kes, diikuti Sepanyol 161,852, Itali 152,271,:Perancis 130,727, Jerman 124,288,:China 83,014, United Kingdom 79,874., Iran 70,029, Turki 52,167 dan Belgium 28,018.

Perangkaan kematian pula menunjukkan Sepanyol berada di tempat ketiga dengan 16,480 kematian, Perancis 13,832 manakala United Kingdom  menghampiri angka 10,000 apabila setakat ini mencatat 9,875 kematian.

Sementara itu di Itali,  kes positif dan kematian mula menunjukkan trend penurunan yang disifatkan Presiden Itali, Sergio Mattarella, satu perkembangan yang baik.

Katanya, penurunan kes positif jangkitan itu adalah hasil perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan perintah berkurung dilanjutkan sehingga 3 Mei memandangkan negara masih berjuang melawan penularan wabak Covid-19.

“Ia keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan. Kita tidak boleh menghentikan usaha yang sudah dibuat selama ini, jikakita mengalah sekarang…kita terpaksa mula balik dari awal,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Itali mengumumkan perintah lockdown berkuat kuasa sehingga 13 April.

Related posts

Leave a Comment