Mod ‘keras’ hadapi manusia keras kepala

  SIAPA mereka yang masih berdegil memenuhi jalan raya atau tertumpu di kawasan tertentu dalam kumpulan yang ramai? Adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini terlalu longgar bagi golongan ini? Mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham tujuan pelaksanaan PKP ini? Menyelak kembali peristiwa 49 tahun lalu, mungkin golongan degil seperti ini tidak pernah merasai suasana ‘perintah berkurung’ atau curfew’ pada tahun 1969. Kalaulah mereka dapat merasainya mungkin ada sedikit rasa hormat terhadap undang-undang dan peraturan demi keselamatan rakyat. Benar pemikiran orang dahulu ketika era main cak pelong peluru buah cenerai…

Read More

Brunei catat satu kes baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Brunei Darussalam mengesahkan satu kes baharu positif Covid-19 melibatkan seorang pelajar , 22 yang pulang dari Amerika Syarikat melalui United Kingdom pada 29 Mac lalu. Kes 134 ini telah menjalani proses pengasingan diri sebaik sahaja tiba di negara ini tanpa mempunyai tanda-tanda jangkitan. Sementara itu, sembilan orang yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan telah sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan kes pulih setakat ini 65 orang. Sebanyak 68 lagi masih menerima rawatan, tiga daripadanya dalam keadaan kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Di samping itu 440 ornag sedang menjalani…

Read More

Harga petrol turun lagi

KUALA LUMPUR 3 April – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lapan sen seliter, masing-masing kepada RM1.30 dan RM1.60 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 10 April. Kementerian Kewangan (MOF), dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel pula turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.58. “Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19,” katanya. Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan…

Read More

65 kes baharu, satu kematian

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 65 kes jangkitan baharu pada hari ini, Jumaat (3 April) menjadikan kes keseluruhan seramai 1,114 orang dijangkiti Covid-19. Daripada kes baharu itu, sembilan merupakan kes diimport sementara baki 56 kes merupakan jangkitan setempat. Sebanyak 39 daripada kes setempat itu mempunyai kaitan dengan kes jangkitan yang dilaporkan sebelum ini, namun 17 masih belum dikenal pasti kaitannya. Setakat ini, Singapura mempunyai lima kematian akibat virus Covid-19 dan antara mereka, satu dilaporkan meninggal dunia pada pagi ini. Mangsa, wanita berusia 86 tahun, warganegara Singapura meninggal dunia akibat komplikasi akibat…

Read More

Covid-19 : Singapura ambil langkah pemutus litar

SINGAPURA mengambil langkah yang disifatkan sebagai ‘pemutus litar’ bagi membendung wabak Covid-19 yang semakin menunjukkan peningkatan sejak dua minggu lalu. Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong berkata, di bawah langkah itu, kebanyakan tempat kerja, kecuali perkhidmatan penting atau sektor-sektor utama ekonomi akan ditutup. Perkhidmatan penting termasuk tempat makan, pasar dan pasar raya, bank, klinik, hospital, perbekalan dan pengangkutan tidak terlibat. “Sektor-sektor utama ekonomi adalah industri yang strategik atau penting dari segi ekonomi atau merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan global yang tidak harus kita ganggu,” katanya dalam ucapan kepada rakyta Singapura petang ini.…

Read More

138 anggota KKM positif

PUTRAJAYA 3 April  – Seramai 138 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif Covid-19 sehingga 12 tengah hari semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.  Bagaimanapun, tiada daripada kes tersebut yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di fasiliti KKM. “Sebanyak 58 kes (42 peratus) berkaitan dengan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh individu yang juga menghadiri perhimpunan di Seri Petaling,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini. Beliau berkata 14 kes (10.1 peratus) pula berkaitan dengan pesakit Severe Acute Respiratory…

Read More

217 kes baharu, tiga kematian

PUTRAJAYA 3 April – Tiga kematian dan 217 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari jni, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Daripada kes baharu itu, sebanyak 58 berkaitan kluster perhimpunan Seri Petaling dan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 3,333 manakala kematian meningkat kepada 53 kes. Kematian ke-51 (kes ke-2561), wanita tempatan berumur 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 12 Mac dan kemudian ke Institut Jantung Negara. Beliau disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 pukul 1.07…

Read More

ERL gantung perkhidmatan

KUALA LUMPUR 3 April – Apabila banyak pesawat di dunia tersadai di landasan lapangan terbang dan pintu masuk kebanyakan negara menutup pintu masuk melalui udara, maka penumpang perkhidmatan sokongan di darat juga terpaksa mengalami nasib yang sama. Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) tidak terkecuali apabila semua perkhidmatan trennya dihentikan mulai esok sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini disebabkan jumlah penumpang yang amat rendah sepanjang lapan hari lepas. ERL dalam satu kenyataan hari ini berkata akibat pandemik Covid-19 semua penerbangan dihentikan dan hampir semua pejabat dan perkhidmatan ditutup, mengakibatkan  hampir tiada…

Read More

1 juta jangkitan, 50,000 maut

TIDAK perlu menunggu beberapa hari seperti jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tetapi hanya dalam tempoh sehari, jumlah kes jangkitan Covid-19 kini mencecah angka 1 juta di seluruh dunia. Semalam WHO menjangkakan jumlah 1 juta jangkitan dan 50,000 kematian akan direkodkan beberapa hari lagi. Menurut data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan Amerika Syarikat. Data yang direkod menunjukkan 100,000 kes pertama dicatat sekitar 55 hari, manakala 500,000 kes direkod dalam 76 hari. Angka kes…

Read More