Brunei catat satu kes baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Brunei Darussalam mengesahkan satu kes baharu positif Covid-19 melibatkan seorang pelajar , 22 yang pulang dari Amerika Syarikat melalui United Kingdom pada 29 Mac lalu.

Kes 134 ini telah menjalani proses pengasingan diri sebaik sahaja tiba di negara ini tanpa mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Sementara itu, sembilan orang yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan telah sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan kes pulih setakat ini 65 orang.

Sebanyak 68 lagi masih menerima rawatan, tiga daripadanya dalam keadaan kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Di samping itu 440 ornag sedang menjalani kuarantin sementara 1,898 telah selesai kuarantin dan dalam, keadaan baik.

Sejak Januari lalu, seramai 7,566  menjalani ujian makmal Covid-19 iaitu nisbah 1 dalam 57 orang yang telah membuat pemeriksaan. Jumlah ujian makmal meningkat yang mampu membawa kapasiti maksima 1:000 ujian sehari.

Related posts

Leave a Comment