65 kes baharu, satu kematian

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 65 kes jangkitan baharu pada hari ini, Jumaat (3 April) menjadikan kes keseluruhan seramai 1,114 orang dijangkiti Covid-19.

Daripada kes baharu itu, sembilan merupakan kes diimport sementara baki 56 kes merupakan jangkitan setempat.

Sebanyak 39 daripada kes setempat itu mempunyai kaitan dengan kes jangkitan yang dilaporkan sebelum ini, namun 17 masih belum dikenal pasti kaitannya.

Setakat ini, Singapura mempunyai lima kematian akibat virus Covid-19 dan antara mereka, satu dilaporkan meninggal dunia pada pagi ini.

Mangsa, wanita berusia 86 tahun, warganegara Singapura meninggal dunia akibat komplikasi akibat jangkitan tersebut pada 1.55 tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti.

Warga emas itu telah dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan pada 31 Mac dan telah disahkan dijangkiti Covid-19 pada hari yang sama.

Seramai 473 pesakit sedang dirawat di hospital sementara 25 sedang menerima rawatan unit penjagaan rapi (ICU).

MOH juga berkata, seramai 47 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah pesakit yang telah pulih secara keseluruhan di Singapura adalah 235 orang.

Sementara itu, seramai 401 pesakit yang mempunyai tidak jelas gejala jangkitan telah dipindahkan ke kemudahan pengasingan masyarakat atau hospital swasta. 

Related posts

Leave a Comment