1 juta jangkitan, 50,000 maut

TIDAK perlu menunggu beberapa hari seperti jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tetapi hanya dalam tempoh sehari, jumlah kes jangkitan Covid-19 kini mencecah angka 1 juta di seluruh dunia.

Semalam WHO menjangkakan jumlah 1 juta jangkitan dan 50,000 kematian akan direkodkan beberapa hari lagi.

Menurut data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Data yang direkod menunjukkan 100,000 kes pertama dicatat sekitar 55 hari, manakala 500,000 kes direkod dalam 76 hari.

Angka kes meningkat sekali ganda kepada 1 juta sepanjang lapan hari lalu.

Jumlah kes meningkat 10 peratus pada Khamis berbanding hari sebelumnya, kali pertama kadar peningkatan mencecah dua angka sejak virus berkenaan menular di luar China.

Sejumlah 117 kes dan wilayah melaporkan lebih 100 kes, 50 negara dengan wabak melebihi 1,000 dan tujuh dengan 50,000 kes atau lebih, kebanyakannya di Eropah.

Kadar kematian global kini lima peratus daripada jumlah kes, dengan beberapa negara termasuk United Kingdom, AS dan Sepanyol melaporkan peningkatan angka kematian beberapa hari kebelakangan.

Related posts

Leave a Comment