Perintah berkurung 24 jam di Makkah, Madinah

KERAJAAN Arab Saudi mengisytiharkan perintah berkurung 24 jam di Makkah dan Madinah berkuatkuasa serta merta hari ini sehingga ke tarikh yang akan diumumkan kemudian. Kementerian Dalam Negeri mengumumkan, penduduk hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan makanan dan perubatan antara pukul 6 pagi hingga 3 petang. Semua aktiviti perniagaan ditutup di kedua-dua kota suci itu dan hanya farmasi dan kedai barang keperluan dibenarkan beroperasi. Pengecualian diberi kepada perkhidmatan penting kerajaan dan swasta termasuk keselamatan, tentera dan media serta mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan. Setakat ini Kementerian Kesihatan mengesahkan 1,885…

Read More

Dua kes baharu di Brunei

KEMENTERIAN Kesihatan Brunei Darussalam mengumumkan dua lagi kes baharu setakat 5 petang hari ini menjadikan jumlah kes 133. Menurut kenyataan kementerian, kes 132 melibatkan seorang wanita berumur 40 tahun, isteri kepada kes 103. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan tetapi menjalani ujian pada 24 Mac yang didapati negatif. Bagaimanapun beliau mengalami sakit tekak dan selesema semasa menjalani kuarantin pada 30 Mac. Kes 133 pula, lelaki tempatan berusia 38 tahun yang pulang ke negara ini dari  United Kingdom (UK) melalui Singapura dengan pesawat Royal Brunei BI424 (tempat duduk 22A) pada 1 April…

Read More

Kemuncak pertengahan April

KUALA LUMPUR 2 April – Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia dijangka akan mencapai kemuncak pada pertengahan April, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru berkata, bagaimanapun terdapat kesan positif daripada langkah pengawalan yang dijalankan kerajaan, termasuk pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Ada tanda-tanda lengkungan itu telah diratakan, tetapi kes positif akan meningkat sekiranya tindakan pengawalan itu ditamatkan, dan jika rakyat tidak terus mengambil langkah-langkah keselamatan,” katanya melalui e-mel kepada Reuters. Dr Lo berkata, berdasarkan data yang dikongsikan kerajaan mengenai…

Read More

208 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA 2 April  – Sebanyak 208 lagi kes positif Covid-19 dan lima kematian dicatatkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,116 , manakala kematian meningkat kepada 50 orang. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian adalah 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Katanya sebanyak 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Dr Noor Hisham berkata kes kematian ke-46 (kes ke-2,909) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti. Beliau dirawat di Hospital Sultanah…

Read More

Tembak jika timbul masalah

TEMBAK mati. Itu amaran keras Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terhadap mereka yang menimbulkan masalah dengan mengingkari perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Beliau yang menunjukkan keseriusan itu dalam ucapan di televisyen lewat Rabu, juga berkata, tiada tolak ansur akan diberikan buat pihak yang melakukan serangan terhadap petugas perubatan yang dianggap sebagai satu jenayah serius ketika ini. Katanya, rakyat perlu memberi kerjasama dengan mematuhi arahan duduk di rumah sebagai langkah mengekang penularan wabak itu dan pada masa sama memberi ruang kepada sistem kesihatan negara itu yang berhadapan cabaran besar untuk…

Read More

Kematian ke-4 di Singapura

SINGAPURA mencatatkan kematian keempat hari ini, 2 April 2020 akibat jangkitan Covid-19 melibatkan seorang lelaki Indonesia berusia 68 tahun. Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesakit berkenaan meninggal dunia pada pukul 6.43 pagi Khamis selepas tujuh hari dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Kementerian itu menyatakan, lelaki berkenaan yang mempunyai sejarah diabetis dan darah tinggi, menerima rawatan di ICU sejak 26 Mac. Pesakit itu dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada 22 Mac dan disahkan positif jangkitan virus itu pada hari yang sama. Pemegang Pas…

Read More

Syair Corona di dalam Kitab “Azaim Al Duhur” adalah palsu

Oleh Nasharudin Mat Isa Kelmarin saya menulis tentang sebaran berita palsu; tentukan sahih baru kongsi. Tidak sampai pun 24 jam tulisan saya itu keluar di laman facebook saya dan juga di ‘share’ oleh teman teman, hari ini tersebar satu lagi kepalsuan yang dikaitkan dengan agama. Seperti yang saya nyatakan kelmarin, sumber berita palsu satu bab, tetapi turut merbahaya dan tidak bertanggung jawab adalah mereka yang menyebarkan berita atau maklumat tersebut, tanpa terlebih dahulu mempastikan samaada apa yang di ‘forward’ dan di ‘share’ itu benar atau tidak. Kalau beberapa hari lepas,…

Read More

WHO jangka kes capai 1 juta

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia akan mencapai angka 1 juta orang dalam beberapa hari lagi. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sepanjang lima minggu lalu, telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam bilangan kes baru, menjangkaui hampir setiap negara, wilayah dan kawasan. “Jumlah kematian lebih daripada dua kali ganda pada minggu lalu. Dalam beberapa hari akan datang kita akan mencapai 1 juta kes, dan 50,000 kematian,” katanya dalam ucapan pembukaan taklimat media mengenai Covid-19, pada Rabu, 1 April. Angka terkini daripada daripada statistik Johns Hopkins…

Read More

Kes ke-1000 di Singapura

SINGAPURA mencatat kes positif ke-1,000 bagi Covid-19, semalam menyaksikan tambahan 74 kes baharu dengan 20 daripadanya adalah kes import manakala 54 lagi kes tempatan. Kes tempatan turut membabitkan seorang wanita rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang merupakan pemegag Pas Kerja Singapura dan ketika ini didapati tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kes terdahulu. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, dia kini dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH). MOH berkata 20 kes terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Australia, Eropah, Amerika Selatan, Afrika, ASEAN dan beberapa bahagian lain di Asia. Singapurra juga telah mengenal…

Read More