Perintah berkurung 24 jam di Makkah, Madinah

KERAJAAN Arab Saudi mengisytiharkan perintah berkurung 24 jam di Makkah dan Madinah berkuatkuasa serta merta hari ini sehingga ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Kementerian Dalam Negeri mengumumkan, penduduk hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan makanan dan perubatan antara pukul 6 pagi hingga 3 petang.

Semua aktiviti perniagaan ditutup di kedua-dua kota suci itu dan hanya farmasi dan kedai barang keperluan dibenarkan beroperasi.

Pengecualian diberi kepada perkhidmatan penting kerajaan dan swasta termasuk keselamatan, tentera dan media serta mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan.

Setakat ini Kementerian Kesihatan mengesahkan 1,885 orang dijangkiti Covid-19 dan 21 orang meninggal dunia manakala 328 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment