Dua kes baharu di Brunei

KEMENTERIAN Kesihatan Brunei Darussalam mengumumkan dua lagi kes baharu setakat 5 petang hari ini menjadikan jumlah kes 133.

Menurut kenyataan kementerian, kes 132 melibatkan seorang wanita berumur 40 tahun, isteri kepada kes 103.

Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan tetapi menjalani ujian pada 24 Mac yang didapati negatif. Bagaimanapun beliau mengalami sakit tekak dan selesema semasa menjalani kuarantin pada 30 Mac.

Kes 133 pula, lelaki tempatan berusia 38 tahun yang pulang ke negara ini dari  United Kingdom (UK) melalui Singapura dengan pesawat Royal Brunei BI424 (tempat duduk 22A) pada 1 April .

Beliau mengalami demam panas dan batuk pada 16 Mac iaitu semasa berada di UK dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan sepanjang perjalanan pulang ke negara ini.

Sebanyak empat lagi kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan disahkan sembuh dan dibenarkan pulang manakala 76 kes sedang dirawat, tiga masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin pernafasan

Seramai 451 orang sedang menjalani kuarantin manakala 1,858 telah menamatkan tempoh kuarantin.

Sejak awal Januari lalu, sebanyak 7,055 ujian makmal bagi Covid-19 dijalankan yang membawa nisbah 1 orang dalam 61 penduduk telah dibuat pemeriksaan.

Related posts

Leave a Comment