Darurat sebulan di Thailand

BANGKOK : Thailand akan mengisytiharkan darurat selama sebulan mulai Khamis ini sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19 di negara itu. Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha berkata Kabinet hari ini bersetuju untuk melaksanakan perintah darurat itu dan maklumat lanjut akan diumumkan kemudian. “Kami berharap pengumuman itu tidak akan menjejaskan kehidupan harian rakyat dan langkah ini perlu untuk menghalang penularan wabak itu. Kesihatan awam adalah keutamaan kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini. Prayuth yang juga Menteri Pertahanan memberi jaminan bahawa semua langkah akan diambil secara berperingkat bagi menangani wabak Covid-19. “Kekal di…

Read More

106 kes baharu, 1 kematian

KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan 106 kes positif Covid-19 setakat pukul 12 , tengah hari ini (Selasa) menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,624 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling. Sebanyak 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian. “Sehingga kini, seramai 64 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” jelasnya.…

Read More

Melindungi barisan hadapan

KERAJAAN mengambil langkah yang tepat dengan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani Covid-19. Amat penting sektor perkhidmatan kesihatan ini mempunyai kekuatan tenaga dan peralatan untuk berhadapan kes yang semakin meningkat. Tanpa tenaga manusia dan peralatan yang lengkap akan menjejaskan operasi menyelamat dan mencegah. Diharapkan peruntukan itu dapat digunakan segera untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan Covid-19. Begitu juga keperluan barisan hadapan terutama doktor dan…

Read More

Kempen bersama WHO & FIFA

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kerjasama memerangi Covid-19 dengan melancarkan kempen yang diwakili pemain bola sepak terkenal dunia. Kempen itu memberi penekanan kepada semua orang untuk mengikuti lima langkah utama menghentikan penyebaran penyakit ini. Kempen ini selari dengan panduan WHO yang memberi tumpuan kepada mencuci tangan, etika batuk, tidak menyentuh wajah, jarak fizikal, dan tinggal di rumah jika berasa tidak sihat. “FIFA dan presidennya Gianni Infantino terlibat secara aktif dalam menyampaikan mesej terhadap pandemik ini sejak awal lagi. Melalui kempen atau pembiayaan, FIFA bertegas…

Read More

Covid-19 semakin pantas

GENEVA:  Ketua Pengarah  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran pandemik Covid-19 semakin cepat tersebar dengan lebih 300,000 kes dilaporkan kini. Jangkitan yang pada mulanya mengambil masa 67 hari untuk mencapai 100,000 kes pertama cuma mengambil masa 11 hari untuk 100,000 seterusnya dan hanya empat hari untuk 100,000 kes selanjutnya. Beliau bagaimanapun berkata masih belum terlewat untuk dunia mengubah trajektori itu dan menggesa negara dunia menggunakan ujian ketat dan strategi menjejaki kontak. Dr Tedros turut meminta orang ramai agar tinggal di rumah dan mengikuti langkah-langkah penjarakan sosial sebagai…

Read More

Stay at home di UK tiga minggu

LONDON: Stay at home. United Kingdom turut melaksanakan perintah kawalan pergerakan untuk tempoh selama tiga minggu mulai malam Isnin (waktu tempatan) berikutan peningkatan penularan wabak Covid-19 di negara itu. Perdana Menteri Boris Johnson berkata, rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal. “Mulai malam ini, saya berikan arahan mudah kepada semua rakyat British — anda perlu berada di rumah,” kata perdana menteri Boris Johnson dalam satu kenyataan menerusi televisyen dari Downing Street. Johnson turut mengumumkan penutupan kedai yang menjual barang bukan keperluan , taman permainan,…

Read More

RM12 juta makanan pelajar

KERAJAAN memperuntukkan RM12.2 juta bagi menyediakan bantuan makanan kepada 74,530 pelajar yang tidak pulang ke kampung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu dan akan berakhir 31 Mac ini. Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu melibatkan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, malah program matrikulasi. Kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk 11 hari adalah sebanyak RM12,297,450.00.

Read More