Darurat sebulan di Thailand

BANGKOK : Thailand akan mengisytiharkan darurat selama sebulan mulai Khamis ini sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19 di negara itu.
Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha berkata Kabinet hari ini bersetuju untuk melaksanakan perintah darurat itu dan maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.
“Kami berharap pengumuman itu tidak akan menjejaskan kehidupan harian rakyat dan langkah ini perlu untuk menghalang penularan wabak itu. Kesihatan awam adalah keutamaan kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini.
Prayuth yang juga Menteri Pertahanan memberi jaminan bahawa semua langkah akan diambil secara berperingkat bagi menangani wabak Covid-19.
“Kekal di mana anda berada dan jangan pulang ke wilayah tempat tinggal anda,” katanya sambil menambah pemeriksaan akan dilakukan di pintu masuk bagi menghalang penduduk tempatan kembali ke kampung halaman,” katanya.
Setakat ini, sebanyak 827 kes Covid-19 dengan empat kematian direkodkan di Thailand.

Related posts

Leave a Comment