TEHRAN – Tiada sebarang rancangan awal Iran untuk menyerang kemudahan minyak di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), selepas UAE menyalahkan republik Islam itu atas serangan dron di sebuah pemasangan tenaga di Fujairah.
Menurut pihak berkuasa UAE, serangan itu mencederakan tiga warga India yang kemudian dibawa ke hospital.
UAE turut mendakwa ia menjadi sasaran serangan baharu oleh Iran yang disifatkan sebagai “peningkatan berbahaya”, walaupun gencatan senjata sedang berkuat kuasa dalam perang di Asia Barat.
Seorang pegawai tentera Iran memberitahu TV negara itu, Iran tidak mempunyai sebarang rancangan awal untuk menyerang kemudahan minyak berkenaan.
Katanya , apa yang berlaku adalah hasil tindakan ‘avonturis’ ketenteraan Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan laluan bagi kapal-kapal melalui laluan terlarang di Selat Hormuz secara tidak sah, dan tentera AS mesti dipertanggungjawabkan.
“Pegawai AS mesti menghentikan tindakan buruk menggunakan kekerasan dalam proses diplomatik dan menghentikan avonturisme ketenteraan di rantau minyak sensitif ini yang memberi kesan kepada ekonomi semua negara di dunia,” katanya.
Presiden AS, Donald Trump pada Ahad mengumumkan rancangan untuk mengiringi kapal-kapal dari negara berkecuali keluar dari Teluk, sambil menyifatkannya sebagai usaha kemanusiaan untuk membantu kru kapal yang terkandas.
Pegawai AS mesti menghentikan tindakan buruk menggunakan kekerasan dalam proses diplomatik dan menghentikan avonturisme ketenteraan di rantau minyak sensitif ini yang memberi kesan kepada ekonomi semua negara di dunia,” katanya.
Tentera laut Iran pada Isnin melepaskan “tembakan amaran” ke arah kapal perang AS di Selat Hormuz, selepas tentera AS menghantar kapal pemusnah ke Teluk.
Nnn
