Kini 790 kes Covid-19

MALAYSIA mencatatkan 117 kes positif Covid-19 yang baharu  setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 790 kes. Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, daripada 117 kes yang dilaporkan itu, 80 daripadanya berkaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Ini bermakna Malaysia mencatat lebih 100 kes baharu  untuk hari keempat berturut-turut. Terdapat 120 kes baharu  yang dilaporkan semalam, 125 kes pada 16 Mac dan 190 kes pada 15 Mac. Adham juga memaklumkan terdapat 11 kes positif yang telah…

Read More

Virus mampu bertahan di udara

SATU kajian yang dibiayai Amerika Syarikat (AS) mendapati virus wabak Covid-19 mampu bertahan di permukaan udara selama beberapa jam. Saintis mendapati virus  Covid-19 mempunyai tahap yang sama di luar tubuh seperti yang berlaku ketika Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Ini bermaksud transmisi yang lebih banyak di antara mereka yang tidak menampakkan simptom menjadikan pandemik ini kelihatan lebih serius berbanding SARS sekitar 2002-2003. Kertas kajian baru ini diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM) yang dilakukan oleh saintis dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), University of California, Los Angeles…

Read More

Kematian hampir 8,000 orang

DUNIA  semakin cemas. Banyak negara telah mengenakan perintah berkurung. Pelbagai sekatan dikenakan. Kematian akibat koronavirus Covid-19 terus meningkat.  Hampir 8,000 orang meninggal dunia manakala lebih 198,000 dijangkiti. Beberapa negara yang sebelum ini tidak mencatatkan sebarang kes turut dijangkiti dengan kes pertama seperti Barbados, Gambia dan Montenegro. Di Amerika Syarikat, 1,823 kes baharu dicatatkan dan 25 lagi kematian dilaporkan. Rumah Putih juga mengeluarkan arahan supaya orang ramai mengelak bersama kumpulan lebih 10 orang . Mereka juga dinasihatkan menjauhi bar dan restoran. Di Itali, sebanyak 345 kematian dicatatkan di negara itu dalam…

Read More

Sukarkah mematuhi percutian musim Covid-19 di rumah?

SELAMAT bertugas kepada barisan hadapan negara walaupun kebanyakan orang  mula bercuti. Pastinya mereka ini terutama dalam kumpulan perkhidmatan kesihatan yang bertugas di hospital dan klinik terus bertungkus lumus menghadapi wabak Covid-19. Biar apa pun jawatan mereka di sana, kita harus menghargai dan simpati. Ketika orang diberi cuti 14 hari sehingga 31 Mac, mereka perlu bekerja. Sama-sama kita mendoakan kesihatan dan kekuatan fizikal dan mental golongan ini ketika mereka sedang bergelut mengesan dan memulih kesihatan orang yang sudah terjejas atau kemungkinan dijangkiti wabak Covid-19. Pengorbanan mereka ini harus dibalas walaupun bukan…

Read More

Subuh yang sepi…

APABILA Masjidilharam, Makkah ditutup dan terbatas aktivitinya, kita teramat sedih. Tiba-tiba sahaja ibadat ‘terhad’. Pergerakan terbatas. Hari ini perasaan itu dapat dirasai di negara kita. Subuh hari ini kebiasaan ke masjid dan surau terpaksa dilupakan. Subuh di rumah. Masjid dan surau tinggal sepi. Hanya azan memecah kesunyian. Persinggahan pertama sebelum meneruskan kehidupan terpaksa ditinggalkan seketika demi mengikut arahan pemerintah yang berusaha membendung wabak Covid-19. Yang tinggal hanya imam dan bilal bagi  terus mengingatkan umat agar terus beribadat walau di mana sahaja berada dan di dalam apa keadaan sekali pun. Pastinya…

Read More

Covid-19 : Panik lagi hari ini

  PANIK lagi malam ini. Selepas pusat beli-belah diserbu, giliran balai polis pula terutama di kawasan yang mempunyai kampus institusi pengajian tinggi. Begitu juga stesen bas dan lebuh raya. Semuanya mahu pulang ke kampung. Dah macam nak sambut hari raya. Apa dah jadi? Saranan kerajaan elakkan berkumpul ramai-ramai tetapi hal sebaliknya berlaku. Slogan Usah Panik Bersama Kita Hadapi Covid-19 seperti tidak relevan. Orang awam panik membeli-belah, kemudian balik kampung, pelajar panik mengisi borang juga mahu pulang ke kampung.  Kenapa perlu ke balai untuk mengisi borang. Kenapa tidak online sahaja? Mujurlah…

Read More