Konflik AS-Iran dijangka berterusan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyifatkan syarat yang dikemukakan Iran bagi menamatkan konflik di Asia Barat sebagai “sama sekali tidak boleh diterima”.

Pendirian itu sekali gus meningkatkan kemungkinan konflik bersenjata kembali tercetus selepas rundingan berminggu-minggu.

Terdahulu, Iran memberikan maklum balas cadangan rundingan damai terbaru Washington, namun dalam masa sama memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk membalas sebarang serangan baharu AS atau membenarkan kehadiran lebih banyak kapal perang asing di Selat Hormuz.

Trump menerusi hantaran ringkas di platform X Truth Social menegaskan pendiriannya untuk menolak tawaran berkenaan.

“Saya baru sahaja membaca jawapan daripada pihak yang mendakwa sebagai ‘wakil’ Iran. Saya tidak menyukainya – ‘SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DITERIMA!,” tegas Trump.

Sementara. Itu minyak global meningkat kira-kira AS$3 setong (RM14.10) hari ini, susulan kegagalan AS dan Iran mencapai persetujuan damai, ketika sebahagian besar Selat Hormuz kekal ditutup.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$3.18 (RM14.95) atau 3.14 peratus kepada AS$104.47 (RM491) setong setakat 2336 GMT, manakala minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI), meningkat AS$3.09 (RM14.50) atau 3.24 peratus kepada AS$98.51 (RM462) setong.

Kenaikan itu didorong kebimbangan terhadap gangguan bekalan global selepas rundingan damai AS-Iran menemui jalan buntu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment