Kini 790 kes Covid-19

MALAYSIA mencatatkan 117 kes positif Covid-19 yang baharu  setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 790 kes.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, daripada 117 kes yang dilaporkan itu, 80 daripadanya berkaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Ini bermakna Malaysia mencatat lebih 100 kes baharu  untuk hari keempat berturut-turut.

Terdapat 120 kes baharu  yang dilaporkan semalam, 125 kes pada 16 Mac dan 190 kes pada 15 Mac.

Sementara itu, seramai 15 pesakit yang positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment