KUALA LUMPUR – Sehingga 7 petang ini, seramai 4,942 peserta yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling telah dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 3,069 telah datang ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan manakala 137 orang telah dirujuk ke hospital. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, hanya 1,634 mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan telah diambil sampel. “Manakala 2,932 peserta diarahkan menjalani home surveillance (pengawasan dan pemerhatian) di rumah masing-masing untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh. Penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan masih diteruskan,” kata kenyataan itu. Sementara itu, 41 kes baharu positif…
Read MoreDay: March 14, 2020
Covid-19 : Manila ‘berkurung’ sebulan waktu malam
MANILA: Selama sebulan, jika peraturan perintah berkurung dipatuhi, suasana malam di Manila akan bertukar sepi mulai malam esok dalam usaha membendung penyebaran wabak Covid-19. Datuk Bandar untuk 16 buah bandar raya di Metro Manila mengarahkan penduduknya untuk berkurung pada waktu malam dan pusat membeli belah tutup selama sebulan selepas Filipina mencatatkan lapan kematian akibat Covid-19. Jabatan Kesihatan Filipina mengesahkan tiga kematian baharu, termasuklah seorang pesakit di selatan Filipina. Presidennya, Rodrigo Duterte menaikkan status kecemasan kesihatan negara ke tahap tertinggi dan mengeluarkan langkah kuarantin di ibu negara dan di rumah…
Read MoreBiar ‘tutup’ hari ini, asal Ramadan melimpah
APABILA masjid ‘ditutup’ untuk solat Jumaat di Perlis, pelbagai reaksi timbul. Ada pro dan kontra. Secara sinis ada yang bertanya sejauh mana kritikalnya keadaan di Perlis? Berapa orang yang positif? Tidak kurang juga yang berkata, manusia lebih takut penyakit berbanding Allah. Begitulah pandangan yang diberi. Itu baru Perlis, sebuah negeri nun di utara. Bayangkan kalau satu Malaysia. Ada juga yang bertanya kenapa tidak ditutup pelbagai lagi tempat tumpuan awam seperti pusat beli-belah, kelab malam, karaoke, pasar awam, pasar malam dan pelbagai lagi yang menjadi tumpuan ramai? Boleh tolong jawab? Perlis…
Read MoreDarurat Nasional AS
WASHINGTON : Setelah dikritik lembab bertindak menangani wabak Covid-19, akhirnya Presiden Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Pengisytiharan pada Jumaat itu membolehkan bantuan berskala besar di peringkat persekutuan, bagi memerangi virus yang sudah menjangkiti 138,000 penduduk dunia dan meragut lebih 5,000 nyawa. “Untuk membolehkan kerajaan persekutuan memperoleh kuasa penuh, saya dengan ini mengumumkan darurat nasional, dua perkataan yang membawa makna sangat besar,” kata Trump dalam ucapannya di Rumah Putih. Setakat ini di AS, lebih 2,000 kes dilaporkan dengan jumlah kematian 43 orang. Reuters melaporkan, Trump mengingatkan, situasi di…
Read More