5,000 sertai himpunan tabligh diminta beri kerjasama

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru kira-kira 5,000 peserta yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu tampil dan memberi kerjasama bagi memastikan jangkitan Covid-19 tidak terus merebak. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia. “Peserta dari Malaysia dianggarkan melebihi 5,000 orang. Maklumat ini berdasarkan kes positif yang disahkan Covid-19 di Brunei melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan kepada IHR…

Read More

Kematian pertama di Indonesia

JAKARTA: Indonesia mencatatkan kematian pertama akibat wabak Covid-19 apabila seorang wanita, warganegara asing berusia 53 tahun dilaporkan meninggal dunia hari ini. Pegawai Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto, berkata, mangsa mengalami keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital. Yurianto, bagaimanapun, tidak memaklumkan sejarah perjalanan dan kedudukan wanita terbabit ketika disahkan meninggal dunia. Katanya, berita itu telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan untuk pengurusan mayat mangsa. Sementara itu kes positif virus Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27 kes di mana, sebanyak lapan lagi kes positif virus itu disahkan hari ini, berbanding 19 kes yang…

Read More

Tolak jawatan Timbalan Menteri

KUCHING: Jika keputusan tidak berubah, jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara perlu diisi dengan orang lain berikutan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menolak pelantikan itu. Semalam, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu tidak hadir untuk mengangkat sumpah jawatan selepas namanya disenaraikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu. Setiausaha Agung PDP, Nelson Balang Rining mengesahkan penolakan jawatan itu dengan alasan  jawatan berkenaan tidak sesuai bagi Tiong, 58, yang merupakan Presiden PDP dan Ahli Parlimen Bintulu. Nelson seperti dilaporkan Borneo Post berkata, kedudukan Tiong sangat kanan dalam parti dan telah…

Read More

Menteri juga dijangkiti

  (GAMBAR hiasan muka depan The Guardian 4 Mac 2020) LONDON: Menteri Kesihatan Britain, Nadine Dorries disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin untuk proses pemulihan. Setiausaha Kesihatan berusia 62 tahun itu dikatakan jatuh sakit Jumaat lalu dan disahkan positif Covid-19. “Sebaik disahkan positif, saya melaksanakan semua langkah pencegahan yang perlu dan berada dalam kuarantin di rumah. “Bahagian Kesihatan Awam England sudah memulakan usaha mengesan kontak dan jabatan serta pejabat parlimen saya mematuhi semua arahan atau nasihat diberikan,” katanya. Beliau sebelum itu terbabit dalam satu acara bersama Perdana Menteri, Boris…

Read More

Pulang dari Sri Petaling, jemaah positif Covid-19

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melaporkan lima lagi kes Covid-19 semalam, kesemuanya melibatkan kenalan rapat pesakit pertama yang dikesan positif pada Isnin lalu. Mereka terdiri daripada isteri dan dua anak kepada kes pertama, rakan kes dan anaknya yang menghadiri satu perjumpaan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur mulai 28 Februari hingga 3 Mac lalu. Mereka kini diasingkan untuk rawatan di Pusat Kuarantin Negara di daerah Tudong dan berada dalam keadaan baik dan stabil. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Brunei mengumumkan, cuti sekolah yang dijadual bermula 16 Mac diawalkan kepada 11…

Read More

12 kes baharu jadikan 129 kes

10 Mac : SEBANYAK 12 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah kumulatif mangsa positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 129 kes. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, terdapat peningkatan jumlah positif Covid-19 berbanding 117 kes dilaporkan kelmarin. “Kes-kes positif terbaru ini adalah dalam kalangan PatientUnder-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan. Seorang mangsa membabitkan kes ke-87 pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.I “Ini menjadikan sebanyak 25 pesakit Covid-19 pulih sepenuhnya SEMALAM,” katanya selepas melakukan tugasan pertama dengan melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur…

Read More