Menteri juga dijangkiti

 

(GAMBAR hiasan muka depan The Guardian 4 Mac 2020)
LONDON: Menteri Kesihatan Britain, Nadine Dorries disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin untuk proses pemulihan.

Setiausaha Kesihatan berusia 62 tahun itu dikatakan jatuh sakit Jumaat lalu dan disahkan positif Covid-19.

“Sebaik disahkan positif, saya melaksanakan semua langkah pencegahan yang perlu dan berada dalam kuarantin di rumah.

“Bahagian Kesihatan Awam England sudah memulakan usaha mengesan kontak dan jabatan serta pejabat parlimen saya mematuhi semua arahan atau nasihat diberikan,” katanya.

Beliau sebelum itu terbabit dalam satu acara bersama Perdana Menteri, Boris Johnson, selain bertemu ratusan individu di Parlimen sejak minggu lalu.

Berikutan kes itu, pegawai jabatan kesihatan sedang berusaha mengenal pasti semua individu yang pernah berurusan dengan beliau, termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen.

Ahli Konservatif itu adalah sebahagian daripada pasukan yang menggubal peraturan khusus untuk menangani penyebaran Covid-19 sebelum jatuh sakit.

Dorries turut memuat naik kemas kini di akaun Twitter memaklumkan dia berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Related posts

Leave a Comment