Tolak jawatan Timbalan Menteri

KUCHING: Jika keputusan tidak berubah, jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara perlu diisi dengan orang lain berikutan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menolak pelantikan itu.

Semalam, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu tidak hadir untuk mengangkat sumpah jawatan selepas namanya disenaraikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Setiausaha Agung PDP, Nelson Balang Rining mengesahkan penolakan jawatan itu dengan alasan  jawatan berkenaan tidak sesuai bagi Tiong, 58, yang merupakan Presiden PDP dan Ahli Parlimen Bintulu.

Nelson seperti dilaporkan Borneo Post berkata, kedudukan Tiong sangat kanan dalam parti dan telah berkhidmat untuk tempoh yang lama sebagai Ahli Parlimen.

“Majlis Tertinggi PDP bermesyuarat dan mencapai kata sepakat untuk tidak menerima jawatan ini,” kata Nelson ketika dihubungi The Borneo Post.

Tiong menjadi p Ahli Parlimen Bintulu bagi penggal kelima selepas memenangi Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau tidak menghadiri Majlis Angkat Sumpah Jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya, semalam.

Related posts

Leave a Comment