12 kes baharu jadikan 129 kes

10 Mac : SEBANYAK 12 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah kumulatif mangsa positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 129 kes.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, terdapat peningkatan jumlah positif Covid-19 berbanding 117 kes dilaporkan kelmarin.

“Kes-kes positif terbaru ini adalah dalam kalangan PatientUnder-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan. Seorang mangsa membabitkan kes ke-87 pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.I

“Ini menjadikan sebanyak 25 pesakit Covid-19 pulih sepenuhnya SEMALAM,” katanya selepas melakukan tugasan pertama dengan melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.

Beliau turut memaklumkan seramai 150 petugas berkerja 24 jam di KLIA bagi mengawal kemasukan atau penyebaran wabak Covid-19.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan dalam perancangan untuk menjadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital khusus untuk merawat kes COVID-19.

Kerajaan kini sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan mempunyai kaedah tertentu untuk menangani situasi ini sekiranya COVID-19 menjadi lebih serius termasuk menjalin kerjasama dengan pihak swasta bagi menangani situasi penularan virus berkenaan.

Selain itu, Pejabat Perdana Menteri berkata, setiap orang juga diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu atau maklumat tidak sahih mengenai penularan COVID-19 kerana ia boleh menyebabkan kebimbangan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat.

Dalam perkembangan lain,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut ditutup sehingga Jumaat bag menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitarannya.

Penutupan itu rentetan terdapat dakwaan bahawa seorang individu yang membuat urusan di pejabat agensi itu pada 27 Febaruari lalu, disahkan positif coronavirus (COVID-19) dan sedang menerima rawatan lanjut.

“KWSP mengambil langkah proaktif dengan menutup pejabat berkenaan sehingga Jumaat ini dan akan beroperasi semula pada Isnin (16 Mac),” kata satu kenyataan KWSP  hari ini.

Related posts

Leave a Comment