Masjid Jamek Baru Gopeng

MASJID Jamek Baru Gopeng terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh. Kedudukannya di jalan utama Gopeng-Kampar berdekatan dengan Balai Bomba Gopeng. Masjid ini dibina bagi menggantikan masjid lama yang tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai terutama ketika solat Jumaat.

Disebabkan kos baik pulih dan naik taraf masjid lama yang dibina daripada kerangka kayu itu memerlukan kos agak tinggi, maka masjid baharu dibina.

Masjid yang dibina menggunakan simen dan konkrit untuk lantai serta dipasang marmar ini mempunyai dua kubah dan sebuah menara.

Menara masjid ini seakan-akan Menara Condong Teluk Intan. Masjid ini mampu menampung 700 jemaah pada satu-satu masa.

Kemudahan yang disediakan adalah tempat wuduk, tandas awam, ruang makan dan memasak, pondok rehat, kawasan riadah dan tempat letak kereta.

Masjid ini dirasmikan pembukaannya pada 11 Oktober 2005 oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan  Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Baginda ketika itu adalah Raja Muda Perak.

Related posts

Leave a Comment