SINGGAH MASJID
RAMADAN lalu ketika melintasi Kuala Selangor, singgah iftar di Masjid Raja Lumu yang dahulunya dikenali Masjid Pekan Lama Kuala Selangor. Dinaik taraf pada 2019 dengan kos keseluruhan RM10.4 juta. Kali pertama di masjid ini walaupun pernah ke Bukit Melawati di sebelahnya. Ini adalah Masjid Diraja yang kesembilan di Selangor. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj merasmikan masjid ini 6 Oktober 2022. Raja Lumu, Sultan Selangor pertama, dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah yang memerintah dari tahun 1766 hingga 1782. Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan Selangor di Kuala Selangor dan bersemayam di atas Bukit Malawati yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Selangor. Masjid ini direka bentuk dengan ciri-ciri moden di samping mengekalkan sebahagian struktur masjid asal iaitu ruang solat di bahagian tengah. Memang menarik walaupun nampak ‘ringkas’ binaannya.
Masjid Raja Lumu
