BAGI penggemar mi, bolehlah cuba singgah di Zack Corner Bercham Raya, Ipoh, Perak. Boleh dilihat warung MEE UDANG TSUNAMI. Selain menyediakan mi udang, ada juga laksa buyung Kuala Kurau, pisang goreng, ais kacang gunung berapi dan lempeng pisang.
Selain Mee Udang Tsunami yang mengandungi sembilan ekor udang berharga RM13, ada juga Mee Udang Ombak Rindu (RM9) dan Mee Udang Pecah Peluh (RM6). Rasanya sama sahaja tetapi yang membezakan namanya adalah jumlah udang yang terdapat dalam mangkuk mi berkenaan. Contohnya Mee Udang Tsunami mengandungi sembilan ekor udang.
Sebagai panduan, lokasinya di Dataran Perpaduan 2, Taman Bercham Jaya. Tidak jauh (bertentangan) dengan kedai 99 Speedmart. Di simpang masuk jalan itu juga kelihatan Restoran Mee Rebus Ramli di Persiaran Perpaduan Utara 1, Ulu Kinta,