Kes ke-16 di Malaysia

PUTRAJAYA 8 Feb. – Satu lagi kes koronavirus dicatatkan apabila seorang wanita warga China dari Wuhan disahkan positif kluster Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kes ke 16 itu melibatkan pelancong berumur 67 tahun yang merupakan ibu kepada kawan wanita yang disahkan positif koronavirus pada 6 Februari lepas.  Berikutan kes terbaharu ini adalah kontak rapat kepada kes berkenaan, beliau telah diarahkan untuk tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan. …

Read More

Kematian mengatasi SARS

KEMATIAN akibat wabak Koronavirus di China kini mengatasi angka mereka yang meninggal dunia akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut hampir 650 jiwa di tanah besar China dan Hong Kong pada tahun 2002-2003. Dalam tempoh empat jam lalu, angka kematian terkini akibat Koronavirus telah mencapai 724 orang sementara jumlah kes pula hampir 35,000 orang. Selain itu, beberapa negara terus mencatatkan kes baharu termasuk dua kes di Emiriyah Arab Bersatu, tiga di Jepun dan satu di Jerman. Bagaimanapun belum ada kematian dilaporkan di luar China kecuali di Hong Kong dan…

Read More

Ubi Kayu Rebus

SEKALA sekala, cuba menyorok dengan ubi kayu rebus. Kalau nak rebus di rumah mungkin tak berbaloi. Nak makan sikit tapi nak memasak tu…Maka carilah mana-mana kedai, gerai malahan restoran yang menjual ubi kayu rebus ini. ubi kayu rebus dimakan dengan kelapa parut. Memang sedap. Ada juga yang makan dengan ikan masin serta sambal. Ikutlah selera masing-masing tetapi kebiasaannya dengan kelapa parut. Di kampung suatu masa dahulu, jika tak ada apa nak makan lebih-lebih lagi musim hujan, cabutlah ubi kayu. Yang ada tanah, bolehlah cuba tanam, mungkin berguna suatu masa nanti.…

Read More

MENGENANG TUNKU ABDUL RAHMAN

HARI ini 8 Februari 1903, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dilahirkan di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah. Bapa Kemerdekaan @ Bapa Malaysia itu mangkat pada 6 Disember  1990 pada usia 87 tahun. Hari ini, tarikh yang sama 8 Februari 1956, tercatat juga satu sejarah penting bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang melibatkan Almarhum. Pada tarikh itu, Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu di Lancaster House, London bersama Mr Alan Lennox Boyd Setiausaha Negara Tanah Jajahan British yang menetapkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31…

Read More

Bekalan makanan mencukupi

SEMALAM berlegar di media sosial kononnya, warga Singapura sibuk membeli-belah barang makanan. Pembelian panik kerana bimbangkan bekalan makanan berkurangan akibat wabak Koronavirus. Begitulah suasana di Singapura selepas kerajaan meningkatkan penilaian risk jangkitan Koronavirus daripada Kuning ke Jingga. Khabarnya barang makanan seperti beras dan mi segera berkurangan di pasar raya. Gambar rak kosong tular di media sosial sehingga ke ruang WhatsApp Malaysia. Mungkinkah peniaga Malaysia juga perlu siap siaga lebih-lebih lagi kemungkinan warga Singapura menyeberang tambak untuk membeli keperluan mereka? Berikutan situasi itu, Kerajaan Singapura memberi jaminan bahawa bekalan makanan adalah…

Read More