MENGENANG TUNKU ABDUL RAHMAN

HARI ini 8 Februari 1903, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dilahirkan di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah. Bapa Kemerdekaan @ Bapa Malaysia itu mangkat pada 6 Disember  1990 pada usia 87 tahun. Hari ini, tarikh yang sama 8 Februari 1956, tercatat juga satu sejarah penting bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang melibatkan Almarhum. Pada tarikh itu, Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu di Lancaster House, London bersama Mr Alan Lennox Boyd Setiausaha Negara Tanah Jajahan British yang menetapkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

ALFATEHAH kepada Almarhum TUNKU

(Foto Arkib Negara)

Related posts

Leave a Comment