Memperkasa Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerjanya bersama Pas terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, MKT berbincang panjang berkenaan hala tuju dan pendekatan Muafakat Nasional dalam senario politik yang tidak menentu ini demi memelihara kepentingan rakyat. “Majlis Kerja Tertinggi merasa amat bimbang dengan kedudukan orang Melayu, kaum Bumiputera, umat Islam dan rakyat keseluruhannya yang semakin terhimpit berpunca dari kegagalan Pakatan Harapan,” katanya selepas mesyuarat MKT di sini hari ini.…

Read More

Tambah 400,000 keping sehari

PUTRAJAYA 7 Feb. – Pengeluar tempatan akan mengeluarkan 400,000 keping topeng hidung dan mulut (tiga lapis) sehari bagi memenuhi permintaan pengguna dalam mengawal jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penambahan pengeluaran itu secara langsung mampu memenuhi keperluan pengguna sekali gus mengelak kejadian pembelian panik. “Sebelum ini, 90 peratus pengeluaran tempatan tertumpu kepada produk untuk pembedahan dan kegunaan industri, namun susulan penularan koronavirus, permintaan topeng mulut dan hidung (tiga lapisan) meningkat dengan ketara di pasaran,” katanya pada sidang…

Read More

Wanita Wuhan di JB positif Koronavirus

PUTRAJAYA 7 Feb. – Jumlah kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara ini  kepada 15 setakat ini apabila satu lagi kes dikesan membabitkan seorang  pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China Wanita itu yang memasuki Makaysia pada 21 Januari lepas sebelum ini bersama-sama suami, anak lelaki dan menantunya telah tiba di Singapura pada 17 Januari dan kemudiannya ke Johor Bahru. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang akhbar hari ini berkata, wanita itu mula mengalami gejala demam pada 26 Januari tetapi tidak mendapatkan kesihatan dan hanya…

Read More