Kematian, kes meningkat

Kematian akibat wabak koronavirus kini  mencecah 635 orang sementara jumlah kes meningkat kepada 30,814 di 28 negara yang terlibat.

China, terutama wilayah Hubei yang menjadi pusat penyebaran wabak tersebut terus mencatatkan jumlah kematian yang tinggi di mana 69 kematian baharu dilaporkan menjadikan 618 orang meninggal dunia.

Setakat ini hanya dua kematian di luar China iaitu masing-masing di Hong Kong dan Filipina.

Jumlah kes pula kini mencecah 30,814 di mana Suruhanjaya Kesihatan di Hubei mengesahkan 2,447 kes baharu dikesan di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah terkini adalah 22,112 kes positif.

Turut mencatatkan kes baharu termasuklah Kanada, Itali, Jerman dan Vietnam.

Related posts

Leave a Comment