JANGAN masuk Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri. Guna sahaja pengangkutan awam, sama ada LRT atau komuter. Begitu pesan seorang sahabat semalam. Ada jalan yang ditutup untuk Iftar@ KL 2017 di Dataran Merdeka dan jangkaan kesesakan orang ramai sempena cuti hujung minggu dan Nuzul al-Quran hari ini. Khabarnya beberapa kawasan utama di Kuala Lumpur sesak dengan orang ramai sibuk membeli-belah untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun kos sara hidup dikatakan meningkat, orang ramai masih mampu melakukan persiapan secara sederhana. Pakaian baharu akan jadi pilihan sekurang-kurangnya setiap seorang sepasang. Bagi yang berkemampuan sudah tentu berpasang-pasang pakaian. Baru-ba ru ini terdengar di corong radio satu berita seorang artis mengenai pakaian hari raya. Pada mulanya ingatkan sepasang RM140, rupa-rupanya 140 pasang. Itu rezekinya kerana ada yang menaja.
Sama seperti anak-anak yatim, ada pihak yang tampil menaja pakaian mereka. Begitulah suasana menjelang hari raya selepas Ramadan memasuki hari ke 17 hari ini. Tidak dinafikan kos sara hidup meningkat. Dalam hubungan ini, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan beban itu. Menjelang hari raya, kakitangan awam mendapat bantuan khas kewangan RM500. Ada juga negeri yang memberi habuan lebih tinggi, mengikut kemampuan masing-masing. Tidak kira niat di sebalik pembayaran itu, apa yang penting dapat meringankan beban yang ditanggung. Beban kos sara hidup juga cuba dikurang kan dengan pelbagai inisiatif oleh kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bas percuma di beberapa lokasi, diskaun pengangkutan awam terpilih dan pelbagai lagi. Semua itu menun jukkan kerajaan sedar akan kos sara hidup yang tinggi.
Bagaimana pula dengan sikap rakyat dalam berbelanja? Adakah mereka boros? Ingat, bagi kakita ngan awam dan swasta yang men dapat gaji bulanan, gaji berikutnya adalah menjelang hujung bulan Julai. Jadi berpada-padalah ketika berbelanja menjelang hari raya ini supaya tidak membebankan ke hidupan dalam tempoh sebulan ini. Ramai yang hidup terutama di ibu kota ‘cukup-cukup makan’ antara satu bulan gaji dengan gaji berikutnya. Mereka terpaksa melaku kan kerja sampingan, memandu teksi, GrabCar, berniaga di pasar malam dan pelbagai lagi. Dalam erti kata lain, jika mahu hidup seperti orang berada, kena kerja lebih. Jika pada bulan Ramadan ini, mereka sudah tentu tidak mampu berbuka puasa di hotel atau restoran yang menawarkan bufet Ramadan sehingga berpuluh atau ratus ringgit seorang. Bagaimanapun, mereka mungkin ‘tewas’ di bazar Ramadan apabila membeli pelbagai makanan dan minuman sehingga tidak cukup jari untuk membawanya.
Apa pun, biar alah membeli, menang memakannya. Jangan sampai makanan/minuman berakhir di dalam tong sampah atau longkang. Ketika berpeluang menghadiri majlis berbuka puasa atas undangan pihak-pihak tertentu, ternyata, masih ramai yang mampu berbuka puasa secara ‘mewah’ dengan pelbagai hidangan. Contohnya dengan harga RM80, berapa banyak yang boleh anda makan? Sudah menjadi kebiasaan bagi hotel untuk menyediakan makanan secukupnya dan mungkin berlebihan. Timbul persoalan, ke manakah akhirnya makanan yang tidak habis? Menyelak kembali fakta berkaitan pem baziran makanan, statistik menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia setiap hari ialah kira-kira 3,000 tan metrik yang pada asasnya tidak disentuh. Jumlah itu mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan. Semua jenis sisa makanan ini membentuk kira-kira 40 peratus atau 15,000 tan metrik, sisa harian isi rumah.
Angka ini adalah berdasarkan penyelidikan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 2015. Jika berubah pun, tidak jauh beza. Sedar atau tidak, jika dilihat dalam bentuk wang, kajian itu mendapati bahawa isi rumah yang terdiri daripada lima anggota membelanjakan purata RM900 sebulan untuk makanan, dan satu perempat daripadanya terbuang ketika penyediaan, memasak dan penggunaan. Ini bermakna kira-kira RM225 dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan. Pembaziran ini berlaku ketika musim perayaan termasuk pada bulan Ramadan, Hari Raya dan Tahun Baharu Cina.
Belajarlah berbelanja secara berhemah. Membeli dan kemudian memasak sekadar memenuhi keperluan. Sepanjang Ramadan ini, adakah jumlah pengambilan makanan kita berkurangan atau sebaliknya? Setiap orang ada jawapannya. Bagi yang berpeluang menghadiri iftar di hotel sudah tentu dapat merasai bagaimana akan berlaku pembaziran. Di situ ada pelbagai jenis nasi – beriyani, nasi ayam, nasi putih. Lauknya pula ayam, daging, kambing, ikan, udang, ketam dan macam-macam lagi. Ti dak ketinggalan sayur-sayuran dan ulam. Kuih muih, bubur dan sup juga pelbagai di samping sate, mi rebus, sup, asam laksa dan sebagainya. Pencuci mulut juga sama. Air pula – teh tarik, sirap bandung, air batu campur, air tebu, soya dan pelbagai lagi.
Selesai solat Maghrib dan sambung semula, belum tentu habis dijamah satu persatu. Begitulah makmurnya makanan untuk ber buka bagi orang yang ‘berada’. Keadaan sama berlaku bagi yang berbuka secara sederhana kerana di bazar Ramadan, mereka sudah terpengaruh dengan pelbagai jenis makanan. Mungkin yang dapat mengawalnya adalah bagi yang berbuka di masjid atau majlis seumpamanya. Menun ya mungkin sekadar kurma, bubur lambuk, sedikit kuih-muih, nasi serta minuman panas dan sejuk. Alangkah baiknya peruntukan besar orang berada untuk berbuka itu disalurkan bagi membantu mereka yang tidak sempat membeli juadah berbuka, contohnya di jalan raya yang sibuk, stesen LRT, komuter, bas atau pusat membeli belah.
Langkah itu bukan sekadar membantu mereka berbuka tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim. Pengalaman berbuka puasa di Masjidilharam, Masjid Nabawi dan di Jeddah menunjukkan wujudnya semangat persaudaraan itu di samping mengejar pahala berlipat ganda jika memberi makanan ketika berbuka. Di sana, sesudah waktu Asar, ramai yang akan membawa makanan ke dalam masjid atau sekitarnya untuk disedekahkan. Ada kenderaan akan membawa makanan, sekurang-kurangnya biskut dan air untuk diedarkan kepada mereka yang ditemui di atas jalan raya.
Hari itu, waktu berbuka, saya dan beberapa rakan lain yang berada di Masjidilharam berbuka dengan tujuh biji kurma, secebis roti, air zamzam dan teh yang disumbangkan oleh jemaah. Makanan itu cukup sehingga selesai tarawih 20 rakaat, tanpa meninggalkan masjid untuk mencari makanan tambahan selepas selesai solat Maghrib. Keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia!
UMA120617010C_3#