PUTRAJAYA 14 Mei – Calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA. Katanya, bagi calon daripada aliran terbabit yang turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh, mereka boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang…
Read MoreDay: May 14, 2026
Konvensyen PH ‘paluan gendang perang’
KUALA LUMPUR 14 Mei – Jika awal minggu ini, UMNO berkumpul di Johor untuk menyambut ulang tahun ke-80 parti, hujung minggu ini, 17 Mei, giliran Pakatan Harapan (PH) pula berkumpul untuk mengadakan Konvensyen PH 2026. Lebih 3,000 perwakilan dari seluruh negara mewakili PKR, DAP dan Amanah dan pimpinan utama dijangka hadir bagi memberi fokus untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta beberapa negeri lain. Konvensyen yang bakal dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bakal menjadi medan penting menentukan hala tuju gabungan itu, termasuk persediaan menghadapi PRN seterusnya Pilihan Raya Umum…
Read MoreRafizi akan buat pengumuman ‘luar biasa’
PUTRAJAYA 14 Mei – Bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan membuat pengumuman yang ‘luar biasa’ pada Ahad ini berhubung hala tuju baharu politik beliau serta Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau yang enggan mendedahkan apa akan diumumkannya menjelaskan sekiranya sekadar pengumuman ‘biasa-biasa’, ia akan dilakukan melalui akaun TikTok saja. “Jadi, kalau saya dengan Nik membuat keputusan untuk mengadakan pengumuman itu secara terbuka dan saya menjemput orang ramai datang, maksudnya ia bukan pengumuman politik ‘biasa-biasa’… (sebaliknya) luar biasa, ia agak luar biasa,” katanya kepada pemberita, Ahli Parlimen Pandan…
Read MoreAMK saran Rafizi, Nik Nazmi tinggalkan PKR
KUALA LUMPUR 14 Mei – Tinggalkan parti secara terhormat jika benar tidak lagi sehaluan dengan perjuangan PKR. Itu gesaan Exco Angkatan Muda Keadilan ( AMK) Malaysia, Dzul Hilmi Zainol kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli. Saranan itu yang juga ditujukan kepada bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad adalah supaya anggota parti tidak dibiarkan tertanya-tanya dan parti terus dibebankan dengan polemik yang tidak berkesudahan. “Politik matang memerlukan kejujuran, bukan sindiran berpanjangan. Kalau benar sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan dan hala tuju parti, maka Rafizi Ramli dan Nik…
Read MoreBerita pilihan…
Tiada kematian baharu akibat hantavirus
GENEVA – Tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran dilaporkan sejak 2 Mei lalu manakala risiko kesihatan awam global kekal rendah, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menerusi hantaran di platform X, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sebanyak 11 kes dilaporkan kepada agensi itu setakat 12 Mei lalu. Menurut Tedros, lapan daripada kes berkenaan disahkan melalui ujian makmal sebagai jangkitan disebabkan virus Andes dan virus ini juga boleh merebak antara manusia melalui kontak rapat secara berpanjangan, khususnya dalam ruang tertutup. Beliau berkata satu lagi…
Read MoreSiasat ‘jenayah perang’ Israel di Syria
DAMSYIK – Amnesty International menggesa siasatan ‘jenayah perang’ dijalankan terhadap tentera Israel yang bertindak memusnahkan rumah penduduk awam di selatan Syria sejak kejatuhan bekas Presiden Bashar al-Assad. Menurut kumpulan hak asasi manusia itu, pemusnahan sengaja rumah penduduk oleh tentera Israel di wilayah Quneitra, selatan Syria sejak Disember 2024 tanpa sebarang keperluan ketenteraan mutlak, perlu disiasat sebagai jenayah perang. “Israel mempunyai tanggungjawab untuk membayar pampasan terhadap pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa ini,” kata Amnesty dalam satu kenyataan. Israel menggerakkan tenteranya ke zon bebas tentera yang dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di…
Read More