Pecut cari ganjaran Ramadan, bukan memecut di jalan raya

MINGGU terakhir Ramadan. Masing-masing me­lakukan pecutan untuk mempertingkatkan ibadah sambil mencari malam lailatul qadar. Tidak pasti sama ada malam itu sudah berlalu atau belum, apa yang penting gunakanlah kesempatan­ hari-hari yang berbaki ini untuk melakukan pecutan mengejar ganjaran pada bulan yang penuh keberkatan ini. Masih ada waktu sebelum ia pergi meninggalkan­ kita. Amat malang jika di awal permulaan Ramadan, ramai yang bersungguh-sungguh memenuhi­ masjid dan surau untuk solat tarawih, tadarus al-Quran dan sebagainya tetapi pada penghujungnya, mereka terkulai layu kerana sibuk memecut me­ lakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ibarat…

Read More

Belanja secara berhemah, elak bazir wang, makanan

JANGAN masuk Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri. Gu­na sahaja pengangkutan awam, sama ada LRT atau komuter. Begitu pesan seorang sahabat semalam. Ada jalan yang ditutup untuk Iftar@ KL 2017 di Dataran Merdeka dan jangkaan kesesakan orang ramai sempena cuti hujung minggu dan Nuzul al-Quran hari ini. Khabarnya beberapa kawasan utama di Kuala Lumpur sesak­ dengan orang ramai sibuk membeli-belah untuk persia­pan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun kos sara hidup dikatakan mening­kat, orang ramai masih mampu melakukan­ persiapan secara seder­hana. Pakaian baharu akan jadi pilihan sekurang-kurangnya se­tiap seorang sepasang. Bagi yang berkemampuan­…

Read More

Jemaah berlapang dada, bagaimana pula ibu bapa?

BAGAIMANA Ramadan yang sedang memasuki minggu kedua? Semoga amalan kita pada bulan yang penuh barakah ini lebih berkualiti berbanding Ramadan yang sudah ditempuhi sepanjang kita diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Penuhilah Ramadan ini dengan pelbagai ibadah yang menawarkan ganjaran teramat besar. Solat sunat Tarawih antara pengisiannya. Sama ada lapan atau 20 rakaat Tarawih yang diikuti tiga rakaat Witir, lakukanlah secara jujur dan ikhlas. Sesetengah masjid dan surau melakukannya 20 rakaat dan ada pula sekadar lapan. Ada yang memulakannya dengan tazkirah ringkas selama 10 minit diikuti Tarawih dan…

Read More