Usah selesa masalah dalaman orang lain

CERITA mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 terus dibincangkan. Pelbagai pihak terus membuat ramalan mengenai tarikh PRU. Parti-parti politik pula terus aktif termasuk mengadakan pemukiman atau retreat. Semalam MCA menyambut ulang tahunnya yang ke-68 dan menjelang sambutan itu, baru-baru ini bekas Presidennya, Ong Tee Keat meninggalkan parti itu. MCA juga menegaskan akan berdiri teguh bersama Barisan Nasional (BN) dan mengharapkan masyarakat Cina memberi sokongan padu terhadap MCA menjelang PRU. MIC pula menyatakan akan mempertaruhkan kira-kira 60 peratus muka baharu yang melibatkan golongan muda, wanita dan mereka yang berpengalaman dalam politik. Hasrat parti itu mahu menang kerusinya di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. MIC mendakwa parti itu semakin kukuh apabila kesemua anggota kini bersatu dan sudah melupakan sengketa sebelum ini.

Kelmarin, DAP juga mengadakan Retreat Kepimpinan Kebangsaan 2017 selama dua hari. Khabarnya, sebanyak 200 pemimpin di semua peringkat menyertainya. Tumpuan diberikan kepada persediaan menghadapi PRU dan DAP tidak ketinggalan membuat persediaan awal walaupun keputusan untuk mengadakan PRU itu terletak di tangan BN yang memerintah. Ketika merasmikan pertemuan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyenaraikan tiga penanda aras yang boleh menentukan kekuatan pakatan pembangkang DAP-PKR-Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menghadapi PRU. Ia merupakan petunjuk terhadap kemampuan pembangkang untuk memberikan saingan sengit kepada UMNO-BN.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, penanda aras itu ialah:

1. Adakah kita memiliki pemim-pin yang berkualiti untuk memimpin Malaysia keluar dari krisis ekonomi dan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi?

Apa yang berlaku saat ini kepada UMNO berbeza dengan persediaan mereka berhadapan PRU lalu. Apa yang saya lihat, jentera UMNO tak bergerak. Saya tahu sekarang ini mereka terdesak.

2. Adakah pemimpin UMNO-BN dan ahli-ahlinya berkempen secara agresif di peringkat akar umbi sebagaimana mereka lakukan dalam pilihan raya lalu?

3. Apakah respon rakyat terhadap UMNO dan BN?

Jawapan kepada soalan pertama, DAP sudah tentu mempunyai pemimpin berkenaan. Kepada soalan kedua, sebagai pemerhati, DAP juga boleh menjawabnya tetapi pemimpin UMNO lebih tahu strategi yang dilakukan. Menjawab soalan ketiga, masing-masing parti boleh membuat kesimpulan. Maknanya, respons itu pelbagai. Bagaimanapun, yang menarik perhatian apabila Guan Eng berkata, apa yang berlaku saat ini kepada UMNO berbeza dengan persediaan berhadapan PRU lalu.

Katanya: “Apa yang saya lihat, jentera UMNO tak bergerak. Saya tahu sekarang ini mereka terdesak. Malah di negeri yang mereka aktif, tahap intensiti kempen mereka amat rendah.” Guan Eng juga yakin Malaysia sekali lagi akan dilanda tsunami politik. Benarkah kenyataan ini? Pemimpin UMNO di pelbagai peringkat boleh menjawab persoalan ini. Mereka lebih tahu gerak kerja yang dilakukan. Apa pun jawapannya, benarkah jentera UMNO tidak bergerak? Adakah kenyataan itu sekadar untuk menyedapkan hati dan perasaan anggota DAP dan juga rakan pakatan pembangkang? DAP pula menunjukkan mereka bersama rakan pembangkang sedang bergerak untuk membentuk kerajaan.

Seperti pemimpin UMNO atau BN yang lain, Kit Siang dan Guan Eng juga masuk kampung bertemu orang Melayu. Sama ada mencari simpati politik atau melawat penduduk, masing-masing berhak membuat andaian tetapi sekurang-kurangnya, mereka menunjukkan peranan sebagai orang politik. Tidak hairanlah selepas meninggalkan Pas, DAP menjalin hubungan dengan serpihan Pas iaitu Amanah dan PPBM untuk mendekati orang Melayu. Apa yang penting bagi DAP ialah parti-parti itu dapat menyokong aspira-si Malaysian Malaysia dan mampu menyumbang kerusi. Walaupun terpaksa berkawan dengan mu-suh-musuh politik termasuk man-tan pemimpin UMNO, apa yang penting ialah matlamat menjatuhkan BN. DAP pernah bekerjasama dengan musuh politik termasuk Pas. Bagi DAP, selagi tidak mengorbankan prinsip perjuangan, kerjasama seperti itu boleh diteruskan.

Dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal tetapi prinsip perlu dikekalkan. Walaupun Kit Siang dan Guan Eng pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa era Dr. Mahathir Mohamad tetapi mereka masih bersedia bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan anggota parti. Adakah bekerjasama dengan musuh politik telah mengorbankan prinsip perjuangan? Kekeliruan inilah yang mungkin menyebabkan ada anggota parti yang meninggalkan DAP. Hakikatnya, DAP tetap mendakwa ia parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia.

Menyelak kembali tindakan Geng Empat (merujuk empat wakil rakyat Melaka keluar parti), mereka yang meninggalkan parti itu mendakwa sudah tidak boleh menerima dan tidak sependapat dengan pendirian baharu serta hala tuju DAP. Empat wakil rakyat berkenaan ialah anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan tiga ADUN, Goh Leong San (Duyong), Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang). DAP tidak memandang remeh tindakan empat wakil rakyat berkenaan walaupun menyifatkan keputusan itu adalah tindakan balas dendam peribadi berikutan kekalahan dalam pemilihan parti di Melaka pada 2015. Geng Empat didakwa tidak dapat menyatakan sebab kukuh meninggalkan DAP. Bagi musuh DAP, sudah tentulah melihat ‘pergolakan’ ini tamparan hebat. Hakikatnya, keluar masuk parti yang melibatkan DAP adalah lumrah. Ada orang biasa dan ternama yang keluar masuk. Adakah tindakan itu menjejaskan DAP?

Selaklah kembali bagaimana pergolakan dalam DAP sebelum ini. Adakah DAP semakin lemah? Pemimpin utama DAP seperti Kit Siang dan mendiang Karpal Singh pernah berhadapan dengan kempen untuk menyingkirkan mereka. Sekitar tahun 1998, ada usaha untuk menyingkirkan mereka di Pulau Pinang melalui kempen yang dinamakan KOKS (Knock-out Kit Siang, Knock-out Karpal Singh). Kempen itu gagal dan kedua-dua pemimpin itu terus diberi kepercayaan memimpin DAP.

Ketika DAP tidak memandang remeh tindakan keluar parti anggotanya, di pihak BN pula tidak perlulah terlalu selesa. Dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia, Sim Tong Him mengakui masih sayangkan DAP dan berkata: “Keluarnya saya daripada DAP bukan bererti saya membenci parti sebaliknya seperti perumpamaan, orang bercerai tetapi hati masih cinta begitu juga dengan saya walaupun sudah keluar DAP tapi cinta saya tetap pada parti.”

DAP mungkin tidak bimbang dengan kedudukannya malahan mungkin sudah menyusun strategi untuk mendapatkan kerusi yang dimenangi MCA, Gerakan dan MIC di samping mengharapkan kerusi PAN dan PPBM. Pada masa yang sama DAP mengharapkan dapat memenangi kerusi BN yang menang tipis ketika PRU lalu. Contohnya di Johor, khabarnya pembangkang mengidamkan 11 kerusi Parlimen Jika begitu keadaannya, apa lagi yang tinggal?

UMA060317010C#

Related posts

Leave a Comment