Kenapa sanggup mencuri di lubuk saham akhirat?

PENCURI ada di mana-mana walaupun di masjid atau surau. Mereka datang dalam pelbagai wajah. Lelaki boleh bertukar menjadi wanita, yang jahat bertukar menjadi ‘alim’ kononnya mahu berjemaah bersama. Seperti berlaku baru-baru ini, seorang pemuda menyamar sebagai wanita untuk mencuri barangan milik jemaah di surau wanita pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway. Akhirnya dia tertangkap dan dihukum penjara lapan bulan. Memang dasar pencuri yang tidak pernah serik, pemuda berusia 21 tahun itu menyolek wajahnya menyerupai wanita dengan memakai tudung Pucci bagi memudahkannya menyelinap masuk ke surau wanita. Begitulah kesungguhan pencuri untuk…

Read More

Tanpa sokongan Pas tidak lemahkan DAP

SEHARI selepas DAP Pulau Pinang melancarkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 tanpa mengharapkan sokongan Pas, semalam, Pas Permatang Pauh pula memutuskan hubungan dengan PKR. Sekurang-kurangnya ia memberi satu tamparan kepada PKR, sekutu utama kerajaan DAP Pulau Pinang. Sabtu lalu, DAP Pulau Pinang nampak yakin untuk mendapatkan mandat penggal ketiga bagi mentadbir negeri itu. DAP memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang pada tahun 2008 dan mengekalkannya pada tahun 2013. Parti itu melancarkan jentera PRU-14 bertemakan “Menjamin masa depan negeri Pulau Pinang”. Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan tema itu sebagai…

Read More

Tandas awam kita bersih selagi berbayar

BUKAN terletak di KLCC tetapi di salah satu kawasan yang turut menjadi tumpuan ramai. Tidak setinggi bayaran tandas awam di KLCC tetapi ‘cuma atau hanya’ RM1. Terkejut juga dengan kadar itu. Apa pun apabila masuk ke tandas itu baru-baru ini, bolehlah dianggap berbaloi dengan  kebersihannya. Apa yang tidak berbaloi ialah tujuan ke tandas itu sekadar mahu membasuh tangan dan muka, bukan untuk menunaikan hajat. Dalam erti kata lain, mahu mempersiapkan diri sebelum bertemu seseorang di pejabat berkenaan. Sama ada satu kelainan atau sama di tempat lain, sebaik melangkah masuk, pintu…

Read More

Usah selesa masalah dalaman orang lain

CERITA mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 terus dibincangkan. Pelbagai pihak terus membuat ramalan mengenai tarikh PRU. Parti-parti politik pula terus aktif termasuk mengadakan pemukiman atau retreat. Semalam MCA menyambut ulang tahunnya yang ke-68 dan menjelang sambutan itu, baru-baru ini bekas Presidennya, Ong Tee Keat meninggalkan parti itu. MCA juga menegaskan akan berdiri teguh bersama Barisan Nasional (BN) dan mengharapkan masyarakat Cina memberi sokongan padu terhadap MCA menjelang PRU. MIC pula menyatakan akan mempertaruhkan kira-kira 60 peratus muka baharu yang melibatkan golongan muda, wanita dan mereka yang berpengalaman dalam politik.…

Read More