SUATU pagi, berbekalkan penyapu dengan berpakaian rompi kalis cahaya, berseluar dan kemejaT lengan panjang dan topi, kelihatan sekumpulan insan termasuk Ahmad Khairy Jamal Udeeen Chowdhury dari Chittagong, Bangladesh melakukan rutin harian sebagai pengutip sampah. Mereka mengikuti lori Alam Flora yang bergerak ke lokasi berkenaan. Mujurlah ada golong an seperti ini yang masih sanggup melakukan kerjakerja ini. Apabila diamati, lelaki itu sebenarnya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ). Itu adalah aksi lakonannya dalam filem pendek bagi mendidik masyarakat khususnya belia terhadap pengurusan sisa pepejal. Filem ini juga bertujuan meningkatkan ke sedaran golongan belia terhadap kempen kitar semula dan penjagaan alam sekitar. Khairy melalui Facebooknya berhubung lakonan itu berkata: Respek kepada abang-abang Alam Flora dan pengurusan sisa pepejal ini. Bila dah ‘pakai kasut’ mereka, barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini.
Asingkan di punca! Walaupun sekadar lakonan, sekurang-kurangnya KJ sudah tahu bagaimana kerja golongan ini serta cabaran yang dihadapi akibat pelbagai ragam manusia yang membuang sampah. Minggu lalu, Menteri Besar Perak, Dr. Zambry Abd. Kadir pula melakukan perkara yang sama, tetapi bukannya lakonan. Itu realiti. Berpakaian seperti pekerja bahagian pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), beliau melakukan pemeriksaan mengejut kerja-kerja pembersihan di beberapa kawasan di sekitar Ipoh. Beliau menaiki lori sampah dan mengutip sampah di beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar raya. Bagaimana agaknya bau sampah di dalam lori? Setiap orang sudah tentu tahu bagaimana baunya apabila berselisih dengan lori sampah lebih-lebih lagi apabila sarat dengan muatan pelbagai sampah? Tidak mungkin MBI sempat menyembur pewangi kerana kehadiran Dr. Zambry adalah secara mengejut. Difahamkan, beliau selalu ‘turun padang’ untuk mendekati dan mengetahui masalah rakyat tanpa mengira waktu. Jika benar, memang pening pegawainya.
Malangnya ada pula pihak yang tampil mengkritik dan memandang sinis terhadap kerja yang dilakukan itu. Ada yang berkata, MB tidak dibayar untuk melakukan kerja itu. Ya, beliau tidak dibayar untuk melakukan kerja itu tetapi dibayar untuk bertanggungjawab memastikan kebersihan negeri Perak.
Tidak ketinggalan memandang sinis ialah pemimpin DAP di negeri itu. Sudah lumrah! Bukan setakat kritik tetapi mereka mencari longgokan sampah dan merentang kain pemidang (banner) yang mengandungi ayat menyindir Menteri Besar. Lucu dan geli hati melihat telatah mereka ini. Apa tujuan berbuat demikian? Mencari publisiti murahan sambil menyakitkan hati orang? Alangkah baiknya jika duit banner itu dibelikan tong sampah untuk penduduk di kawasan itu. Selak tidak pasti, adakah di situ tempat pembuangan sampah? Jika ya di mana tongnya? Jika tidak, di mana wakil rakyat kawasan itu? Bawalah masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pada masa yang sama carilah jalan mendidik masyarakat atau pengundipengun di supaya lebih ‘tertib’ jika mahu membuang sampah.
Bukan bertujuan mahu mempertahankan menteri besar itu tetapi kepada pihak berkenaan, sebelum mengkritik, eloklah periksa diri (muhasabah) dulu apakah sumbangan yang dilakukan untuk menjaga kebersihan persekitaran masing-masing? Lihatlah secara positif tujuan menteri besar ‘turun padang’ melakukan kerjakerja berkenaan. Jika fikiran kita sentiasa melihat perkara elok sebagai tidak elok maka jadilah tidak elok. Jika kita berfikiran baik maka baiklah.
Jangan biarkan fikiran kita menjadi seperti sampah. Kenapa agakya Dr. Zambry berbuat demikian? Tanpa perlu mendengar penjelasan beliau, bagi yang berfikiran positif akan membuat kesimpulan berikut. Pertama, beliau mahu mendekati golongan pekerja ini untuk merasai sendiri pengalaman pengutip sampah. Kedua, melihat sejauh mana kecekapan kakitangan MBI dalam menjaga tahap kebersihan. Ketiga mengenal pasti sebarang kelemahan untuk penambahbaikan. Sekurang-kurangnya, beliau tidak hanya duduk di pejabat menunggu laporan MBI. Tidak sekadar menerima aduan sama ada melalui telefon, bertulis atau lisan kemudian mengarahkan MBI bertindak. Jika sekadar mengeluar arahan, tidak perlulah bersusah payah ‘turun padang’. Selak melihat secara positif, apa yang penting ialah bagaimana seorang pemimpin itu boleh mengetahui mentaliti orang ramai dalam menjaga kebersihan ini.
Sejauh mana mereka boleh memainkan peranan untuk membantu PBT melakukan kerja-kerja pembersihan. Adakah mentaliti sesetengah orang sama seperti sampah? Sebagai pemimpin, jangan hanya mendengar rintihan rakyat mengenai tahap kebersihan sedangkan pada masa yang sama rakyat tidak peduli mengenai kebersihan dan meletakkan tanggungjawab itu 100 peratus PBT. Adakah rakyat boleh membuang sampah sesuka hati? Di mana ada kawasan lapang, di situlah mereka membuang sampah. Sama seperti pengalaman KJ, tentunya ada sikap orang ramai yang sebenarnya menyusahkan pekerja menguruskan kutipan sampah ini. Golongan pekerja ini juga adalah manusia biasa.
Bagi mereka yang pernah melakukan kerja-kerja kutipan sampah ini sudah tentu berhadapan dengan sikap atau perangai buruk orang ramai yang tidak mengasingkan sampah di punca dengan betul. Selagi plastik boleh diisi, semuanya disumbat masuk. Kaca, botol plastik dan sisa makanan disatukan dalam plastik yang sama. Sisa makanan pula tidak diurus dengan baik sehingga plastik sampah berair dan berbau. Akhirnya, air ini juga yang mengalir keluar di atas jalan raya ketika lori sampah sedang bergerak. Justeru sebagai wakil rakyat, didiklah masyarakat untuk mengurus pembuangan sampah dengan cara yang betul supaya ia lebih me mudahkan kerjakerja berkenaan. Jangan melambatkan kerja kutipan dengan plastik sampah yang berair, pecah atau bocor sehingga sampah berselerak lebihlebih lagi melibatkan sisa makanan.
Hasil pemeriksaan mengejut itu, Dr. Zambry sedar masih perlu dilakukan penambahbaikan termasuk kekerapan mengutip sampah. Sekurang-kurangnya, beliau tahu, ada kelemahan yang boleh diperbaiki. MBI boleh ambil tindakan susu lan. Adalah lebih baik mereka yang bertaraf wakil rakyat turut sama turun padang di kawasan masing-masing untuk melihat kerja-kerja pembersihan ini serta mengetahui lebih dekat masalah atau kekurangan yang berlaku. Jika tidak mampu melakukannya disebabkan tidak tahan bau busuk atau jijik dan boleh mengotorkan kemeja lengan panjang yang di pakai, adalah lebih baik mereka diam.
Janganlah meracau dan mengkritik orang yang benar-benar ikhlas bekerja untuk rakyat. Jika tidak mampu melakukan kerjakerja kotor untuk menjamin kebersihan, lebih baik ‘kunci mulut’ daripada tabiat mengutuk orang lain, bercakap kosong dan mengeluarkan kata-kata kesat. Cucilah fikiran yang kotor seperti sampah itu. Diam itu lebih baik daripada sibuk mengumpat mencari ‘kesilapan, kelemahan dan keburukan’ orang. Kerja yang dilakukan oleh Dr. Zambry itu lebih berbaloi daripada mereka bertaraf pemimpin yang hanya melalak di dalam himpunan yang kononnya bersih tetapi akhirnya meninggalkan ‘kekotoran’ termasuk sampah sarap di merata tempat.
UMA060217008C#