Pemantauan ‘makanan dilarang’ perlu berterusan

MELALUI Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Kementerian Pendidikan akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penjualan makanan kategori ‘makanan dilarang’ atau makanan tidak berkhasiat di luar pekarangan sekolah. Ini adalah satu langkah yang baik dan memerlukan sokongan semua pihak khususnya ibu bapa, guru-guru dan peniaga yang terlibat. Janganlah kedengaran dalam kalangan masyarakat, suara-suara sumbang yang marah atau mempertikaikan usaha ini dengan menyatakan pihak berkenaan cuba menutup pintu rezeki atau ‘periuk nasi’ peniaga yang menumpang mencari makan di pekarangan sekolah. Demi anak-anak, korbankan kepentingan peribadi. Bukanlah maksud Kementerian Pendidikan untuk menyekat rezeki…

Read More

Bukan sekadar memperkasa undang-undang syariah

HIJAU, kuning, merah serta biru sudah mewarnai pelbagai perhimpunan di Kuala Lumpur serta seluruh negara sebelum ini. Sabtu lalu giliran warna ungu. Apa pula warna selepas ini? Perhimpunan bertemakan warna apa pula yang bakal diadakan? Setiap perhimpunan ada matlamatnya. Asalkan dibuat secara aman, tidak mengganggu urusan orang lain sehingga menjejaskan perniagaan dan pendapatan. Syukurlah perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu berjalan lancar. Sejak pagi lagi, orang ramai sudah berkumpul di situ. Pagi itu, ketika memasuki tren komuter dari arah…

Read More

Sejauh mana kesan tambah zon larangan merokok

MULAI awal bulan ini, se­ mua hentian pengangku­ tan awam tidak berhawa dingin, tempat makan berhawa dingin dan stadium terbuka sepe­nuhnya menjadi kawasan dila­rang merokok. Begitu juga taman awam dan Taman Negara yang di­wartakan. Pengumuman itu men­jadikan lebih 20 kawasan awam disenaraikan sebagai zon larangan merokok. Bagi bukan perokok, langkah itu amat dialu­-alukan. Bukan bermaksud menghalang perokok meneruskan tabiat atau ketagihan tetapi apa yang penting ialah bagi melindungi golongan majoriti bukan perokok daripada bahaya asap rokok. Anggaplah bukan perokok ini sebagai orang yang tidak berdosa, maka jangan babitkan mereka dengan…

Read More

Lebih baik diam jika tidak mampu contohi orang lain

SUATU pagi, berbekalkan pe­nyapu dengan berpakaian rompi kalis cahaya, berseluar dan kemeja­T lengan panjang dan topi, kelihatan sekumpulan insan termasuk Ahmad Khairy Jamal Udeeen Chowdhury dari Chit­tagong, Bangladesh melakukan rutin harian sebagai pengutip sampah. Mereka mengikuti lori Alam Flora yang bergerak ke lokasi berkenaan. Mujurlah ada golong­ an seperti ini yang masih sanggup melakukan kerja­kerja ini. Apa­bila diamati, lelaki itu sebenarnya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ). Itu adalah aksi lakonannya dalam filem pen­dek bagi mendidik masyarakat khususnya belia terhadap pen­gurusan sisa pepejal. Filem ini juga bertujuan meningkatkan ke­…

Read More